Ahli UMNO Kuala Nerus Hantar Aduan Kepada Ros Tidak Wakili UMNO Terengganu – Ahmad Said

DUNGUN, 22 Jan – Tindakan seorang ahli UMNO Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah bersifat peribadi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir itu tidak melambangkan pandangan atau pendirian UMNO Terengganu. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan […]

» Read more

REE Kedah: Syarikat Baru Empat Bulan Tubuh Tandatangan MoU Timbulkan Tanda Tanya

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa agar Kerajaan Negeri tidak tamak dan mematuhi garis panduan kementerian di peringkat pusat seperti kerajaan lain yang turut mempunyai sumber REE di negeri mereka. Menurut beliau Kedah bukan satu-satunya negeri yang kaya dengan sumber REE namun kenapa hanya negeri berkenaan yang paling tergesa-gesa mahu […]

» Read more

Pasca PAU 2022: Keputusan Tepat, Elak Perpecahan Demi Keutamaan Masa Hadapan – Ali Syariati

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Majoriti perwakilan UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pada Sabtu lalu menyokong usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, tahun ini. Presiden Persatuan Mahasiswa Machang Malaysia (PEMANCAR) Ali Syariati Abdul Wahab berkata keputusan tepat itu dibuat bagi mengelakkan perpecahan ahli yang lebih teruk di dalam parti ini. “Perwakilan telah […]

» Read more

Doakan Yang Terbaik Buat Najib Razak – Isham

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil meluahkan harapan dan doa agar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan kes SRC International Sdn Bhd dipermudahkan. Beliau malah turut memaklumkan menghadiri pendengaran itu Mahkamah Persekutuan hari ini. “Di Mahkamah Persekutuan untuk beri sokongan moral kepada sahabat saya Bossku, Najib. “Hari ini mahkamah mendengar hujahan […]

» Read more

Terlalu Banyak Andaian, Tohmahan… Demokrasi UMNO Masih Subur – Puad

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan keretakan yang digambarkan oleh segelintir pihak apabila jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan adalah bersifat andaian. Katanya, sedang perpecahan dalam UMNO telah berlaku sebelum ini iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila ada dalam kalangan pemimpin yang bertindak mengikut kehendak sendiri. “…seperti […]

» Read more

Kerajaan Timbang Cadangan Tubuh Ombudsman Malaysia – Azalina

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kerajaan akan menimbangkan cadangan bagi penubuhan ‘Ombudsman Malaysia’ iaitu sebuah badan bebas bagi menangani aduan orang ramai mengenai agensi-agensi kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia selari dengan agenda Kerajaan Perpaduan yang mementingkan ketelusan dan integriti. “Salah satu masalah ialah kita tahu bahawa para pegawai […]

» Read more

PAU Kali Ini Penentu Survival Politik UMNO… Lihat Semula Dasar Parti, Kukuhkan Strategi

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung selama empat hari menentukan survival UMNO sebagai parti orang Melayu dalam keadaan politik yang sangat tidak dijangka dan untuk kembali melihat dasar parti serta memperkukuhkan strategi. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Tinggi, Norlizah Noh berkata, kekalahan UMNO/Barisan Nasional (BN) selama dua kali berturut-turut bukanlah disebabkan kerana jentera dan […]

» Read more

Pertahankan Institusi UMNO Walau Berbagai Cercaan Diterima – Mustafa Musa

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ahli-ahli UMNO perlu terus memelihara dan menghormati institusi prrsiden dan kepimpinan parti, kata wakil pembahas Melaka Datuk Mustafa Musa yang berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 Sabtu lalu.  Katanya ini kerana Presiden UMNO termasuklah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sering dipalit dengan berbagai cercaan ketika mengemudi parti keramat ini. “Dikala UMNO semakin terpalit dengan […]

» Read more

MITI Akan Lebih Bersasar Tarik Pelaburan Tepat, Bermula Dengan WEF, Davos – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mahu bertindak lebih bersasar dalam menarik dan mengekalkan pelaburan, dan ini akan bermula dengan penyertaan dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata sejak pelantikannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau telah mengadakan banyak sesi libat urus […]

» Read more

Menjadi Tanggungjawab UMNO Berjuang Pertingkat Tahap Ekonomi Orang Melayu- Zaidi

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil pembahas Perak, Mohd Zaidi Aziz berkata sudah menjadi satu tanggungjawab kepada UMNO untuk berjuang mempertingkatkan tahap ekonomi orang Melayu. Katanya ini kerana kuasa politik memastikan ekosistem ekonomi yang baik menerusi penyediaan dasar yang betul sesuai dengan kepentingan ekonomi. “Namun apabila ekonomi mendapat gangguan politik sepanjang masa, pertumbuhannya akan terbantut untuk jangka panjang. “Pelabur lari […]

» Read more
1 196 197 198 199 200 411