Perkembangan Literasi Politik Tuntut Pembaharuan Yang Didukung Ahli UMNO – Fadwah

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fadwah Anuwar berpandangan literasi politik kini kian berkembang dengan menuntut perubahan bagi parti dalam mendepani perkembangan semasa termasuk digital.

Katanya langkah ini penting didukung oleh ahli parti bagi memastikan perubahan yang dibawa kekal dalam memberi signifikannya tersendiri ke arah perkembangan parti keramat ini.

“Kena melihat disebabkan literasi politik yang kian berkembang sama ada mereka faham atau tidak politik itu menjadi soal nombor dua tetapi apabila memahami politik kita perlu menilai bahawa kefahaman literasi rakyat atau pengundi tentang politik itu semakin meluas sebab kita ada pelbagai bentuk capaian elektronik, internet dan sebagainya.

“Jadi adalah amat penting kepada parti dan ahli untuk membuat perubahan dan yang kedua ianya disokong oleh ahli parti.

“Kalau bukan ahli parti yang menyokong perubahan berbentuk progresif, pragamatik, relevan serta sesuai dengan politik moden, siapa lagi? Parti tidak mungkin boleh bergerak jika tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahlinya,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuantan berkata, ini termasuk dalam merangka dan melaksakan mekanisme terbaik dalam mendekati pengundi 18 tahun khususnya mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

Ulas Fadwah lagi, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membawa simbolik kepada luahan corak pemikiran pengundi baharu yang juga turut dipengaruhi faktor-faktor tertentu.

“Tetapi tidak mengapa kita masih ada PRN jadi inilah tempat untuk menebus kembali apa kekurangan PRU15 kita kena menerima hakikat bahawa kita masih lemah dalam sudut menguasai media sosial.

“Mahu atau tidak kita harus bersama-sama dalam perubahan tersebut jadi untuk berhadapan dengan PRN akan datang sudah pasti perubahan dalam bentuk mekanisme, strategi untuk pengundi 18 tahun.

“… sebab kita sudah tengok hasil corak pemikiran dan pengundian, apa yang mereka pilih pada pry15 adalah corak pemikiran mereka, boleh dikatanya ianya berbentuk persepsi semata-mata yang mereka ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai unsur yang dirasakan tidak sesuai untuk memilih parti dan kerajaan.

“Dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 juga telah dinyatakan bahawa perkara ini adalah suatu perkara yang sangat serius untuk berhadapan dengan PRN akan datang,” ujar beliau.

Mengulas lanjut beliau berkata selain berstruktur UMNO merupakan sebuah parti yang unik kerana meskipun mempunyai pandangan berlainan dalam kalangan ahli namun pada penghujungnya kesepakatan akan tetap dicapai.

“Apabila mempunyai pandangan berlainan namun bercakap berkenaan kesepakatan kita boleh melihat UMNO ini unik dengan menolak nak mengetepikan perbezaan pandangan demi mencapai satu konsensus yang baik bukan untuk individu tetapi untuk parti secara keseluruhan, ini yang saya namakannya sebagai luar biasa.

“Makna kata kita haruslah rasional dan mengenepikan soal emosi apabila mencapai suatu keputusan dan saya nampak dalam PAU ianya bercorak demokrasi kerana kita open to the floor menyokong atau tidak, jadi akur dengan keputusan tersebut kerana itu bukan diputuskan oleh seorang individu tetapi secara kolektif dan bersama,” ujar beliau. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.