Mesyuarat Tergempar D-8 Bukti Komitmen Jitu Malaysia Perjuang Isu Palestin

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) merupakan bukti kepada komitmen jitu Malaysia dalam memperjuangkan isu Palestin di pelbagai platform antarabangsa. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah menyampaikan kenyataan Malaysia di mesyuarat tersebut antaranya menyeru agar negara-negara yang menganggotai D-8 menyokong gencatan senjata kekal. […]

» Read more

Mantapkan Gabungan Kuasa Dalam UMNO, Utamakan Survival Parti Depani PRN Sabah – Jeffery Nor

PUTATAN, 10 Jun – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata ahli-ahli UMNO perlu memantapkan gabungan kuasa dalam parti sendiri iaitu antara bahagian dengan gabungan sayap-sayapnya, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa dalaman parti perlu diperkukuh dengan menolak budaya cantas mencantas dan sabotaj di semua peringkat khususnya menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) […]

» Read more

Kerjasama Bersama PH Demi Negara… Namun UMNO Terus Ditohmah ‘Ratib Songsang’ – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Tindakan sesetengah pihak yang melemparkan pelbagai tohmahan dan sehingga ke hari ini masih ‘meratib’ keputusan UMNO untuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu bukan sahaja menimbulkan seribu satu persoalan malah memperlihatkan sikap hipokrit masing-masing. Pelbagai gelaran yang dilontarkan menyerlahkan sikap mereka kerana bukan sahaja UMNO yang telah bekerjasama dengan Pakatan […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Kuala Krau, Ahmad Maslan Tampil Jelaskan Isu Semasa

KUALA KRAU, 9 Jun – Penerangan UMNO Malaysia di bawah Ketuanya Datuk Seri Azalina Othman Said kini giat mengadakan Jelajah Penerangan UMNO (JPU) di seluruh negara. Bermula di Bahagian Jerantut pada bulan lalu untuk Negeri Pahang, petang tadi Penerangan UMNO Malaysia meneruskan siri jelajah ketiganya bagi negeri itu di Kuala Krau. Bertempat di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, di sini, […]

» Read more

Kepelbagaian Pendekatan Penting Untuk Berdepan Pilihan Raya Akan Datang – Sulaiman

TANJONG KARANG, 9 Jun – Media memainkan peranan besar dalam usaha membantu parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak. Menurut beliau, pendekatan terkini yang digariskan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan ‘blueprint’ kepada parti untuk langkah seterusnya. “Pendekatan serta hala tuju ini cukup penting […]

» Read more

Penerangan UMNO Teruskan Siri Jelajah Ke Bahagian Lipis

KUALA LIPIS, 9 Jun – Selepas UMNO Bahagian Jerantut pada bulan lalu, Penerangan UMNO Malaysia meneruskan siri jelajah keduanya bagi Negeri Pahang di Lipis. Bermula jam 9.30 pagi, majlis dimulakan nyanyian lagu Negaraku, lagu rasmi Negeri Pahang dan lagu UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat serta bacaan doa. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk […]

» Read more

Usaha Penuh Semangat… Rampas Kembali Parlimen Dan DUN Di Tanjong Karang – Azalina

TANJONG KARANG, 9 Jun – UMNO Tanjong Karang perlu bangkit dan menebus semula maruah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU1) dengan merampas kembali kerusi yang hilang kepada pembangkang, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. Azalina yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata meskipun berlaku pelbagai situasi berliku pada masa itu, namun keyakinan merampas kembali Parlimen dan […]

» Read more

Konvensyen Bermula Di Dua Negeri Sempena Sambutan Jubli Emas BN

KUALA LUMPUR, 9 Jun –  Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang dirancang sebelum ini  sempena sambutan Jubli Emas parti berkenaan memulakan tirainya pada Sabtu. Selain Kelantan, BN negeri Johor juga tidak ketinggalan apabila mengadakan konvensyen mereka selama sehari selain turut meraikan    sambutan Jubli Emas 50 Tahun BN yang bertemakan ‘Melayari Bahtera Perjuangan, Menakhoda Negara Bangsa’ Pengerusi Wanita BN yang juga […]

» Read more

Perjuangan BN Kelantan Tidak Pernah Jemu, Terus Berjuang Demi Kepentingan Rakyat – Ahmad Jazlan

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan yang diadakan pada Sabtu membuktikan  parti tersebut tidak pernah jemu memperjuangkan nasib rakyat negeri berkenaan. Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob menerusi perkongsian di Facebooknya melahirkan rasa syukur atas kejayaan konvensyen berkenaan ya g dihadiri seluruh pimpinan dan pendokong parti terbabit. Menurut beliau  konvensyen tersebut diadakan sempena sambutan 50 […]

» Read more

Dasar TVET Negara 2030 Buat Semua – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata  program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)  memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Menurut beliau TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi aliran terpenting yang membuka peluang luas kepada generasi muda […]

» Read more
1 897 898 899 900 901 2,484