Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Kuala Krau, Ahmad Maslan Tampil Jelaskan Isu Semasa

KUALA KRAU, 9 Jun – Penerangan UMNO Malaysia di bawah Ketuanya Datuk Seri Azalina Othman Said kini giat mengadakan Jelajah Penerangan UMNO (JPU) di seluruh negara.

Bermula di Bahagian Jerantut pada bulan lalu untuk Negeri Pahang, petang tadi Penerangan UMNO Malaysia meneruskan siri jelajah ketiganya bagi negeri itu di Kuala Krau.

Bertempat di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, di sini, hampir 500 ahli akar umbi hadir bagi mendengar penjelasan dan pencerahan isu-isu semasa yang disampaikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Ahmad Maslan.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal, juga Exco Kerajaan Negeri turut menyampaikan ucapan.

Menerusi program terbabit, penerangan berkaitan isu-isu semasa diangkat untuk manfaat ahli-ahli akar umbi agar dapat menyampaikan maklumat yang tepat dan begitu juga dengan hala tuju parti sebagaimana yang digariskan.

Selain itu, ia juga menjadi perisai bagi semua ahli dan pendukung parti untuk menangkis pelbagai dakwaan negatif, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pihak lawan.

Pada sebelah pagi tadi, Jelajah Penerangan UMNO diadakan bagi Bahagian Lipis dengan menampilkan Ahli MKT Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.