Terus Pelihara Solidariti, Semangat Muafakat Yang Telah Terbina BN – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap semua pihak untuk terus memelihara solidariti dan semangat muafakat yang telah lama terbina dalam BN. Katanya, ini penting bagi memastikan kesejahteraan dan kerukunan serta toleransi di kalangan parti-parti anggota dan parti-parti bergabung BN. “Ibu pejabat BN mengambil maklum tentang beberapa kenyataan media yang […]

» Read more

MKT UMNO Junjung Titah Agong, Sokong Kerajaan Perpaduan Dibentuk

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk. Demikian kenyataan media […]

» Read more

Kepimpinan Parti Akan Buat Keputusan Sebaiknya, Rakyat Mahu Kerajaan Segera – Isham

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berpandangan bahawa keputusan sebaiknya akan dilakukan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi membuat penilaian berkenaan penentuan pembentukan kerajaan. Bagaimanapun katanya, keputusan BN sebagai pembangkang masih kekal sebagaimana telah diputuskan sebelum ini. “Kita di dalam situasi ditelan mati mak diluah mati bapa tapi apabila sudah sampai masa terpaksa buat […]

» Read more

Pasca PRU15: Perpaduan Pemangkin Utama Pembangunan Negara – Syed Mohd Johan

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Perpaduan adalah pemangkin utama kepada pembangunan negara dan sebarang prinsip ekstrim perlu dilontar jauh bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil. Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menyaksikan Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil khususnya dalam berhadapan krisis ekonomi yang dijangka akan berlaku tidak […]

» Read more

Jangan Keruhkan Keadaan, Doakan Yang Terbaik Untuk Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak untuk tidak mengeruhkan keadaan apatah lagi apabila negara sedang berhadapan dengan situasi politik sukar. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid turut melampirkan kenyataan media palsu yang telah tular selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam. “Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang […]

» Read more

Jangan Derhaka, Penubuhan Kerajaan Perpaduan Perlu Dijunjung – Dr Akmal Salleh

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata rakyat Malaysia telah menunaikan tanggungjawab apabila memilih parti yang mereka rasakan wajar untuk menjadi kerajaan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang baharu sahaja selesai. Jelasnya, dalam proses demokrasi ini, untuk pertama kali dalam sejarah, tiada satu pun parti mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi […]

» Read more

Calon Perdana Menteri PN Biadap, Penuh Dengan Kesombongan – Hariri

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pemuda UMNO Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata meneliti sidang media Tan Sri Mahiaddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) semalam telah memberi gambaran sebenar kepada rakyat bahawa calon Perdana Menteri daripada PN ini seorang yang angkuh dan sombong. Ini kerana katanya, terang-terangan Tan Sri Mahiaddin Yassin menyanggah permintaan YDP Agong untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) […]

» Read more

Tiga Pemimpin Tertinggi BN Di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara pagi ini, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kenderaan berwarna putih dinaiki Ahmad Zahid memasuki Istana Negara melalui pintu dua pada kira-kira 10.45 pagi, sejurus selepas kenderaan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hassan tiba pada […]

» Read more

Yakini Kebijaksanaan YDP Agong, Doa Untuk Rakyat Dan Negara – Fairul Roslan

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pemuda UMNO Melaka mengajak semua rakyat Malaysia untuk berdoa dan memberi sepenuh keyakinan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan kemelut dengan kebijaksanaan Baginda dalam membuat keputusan terbaik untuk rakyat dan negara. Dalam hal ini, Ketuanya, Fairul Nizam Roslan berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Yassin seharusnya […]

» Read more

Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai PM ke-10 – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat hari ini telah memutuskan bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen (BN) yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10. Demikian kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan media hari ini. Katanya, pemakluman mengenai perkara terbabit telah dibuat kepada […]

» Read more
1 465 466 467 468 469 1,658