Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai PM ke-10 – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat hari ini telah memutuskan bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen (BN) yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Demikian kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, pemakluman mengenai perkara terbabit telah dibuat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara.

“Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang,” katanya lagi. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/11/KENYATAAN-MEDIA-SUA-22112022.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.