Hospital Pengajar UMS Dijangka Siap Sepenuhnya Pada Disember – Zambry

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan bahawa projek Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2025. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, ia bermula dengan keluluskan projek hospital pengajar universiti berkenaan pada tahun 2017 dan pembinaannya telah bermula pada tahun yang sama. “Pembinaannya telah […]

» Read more

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Sebanyak 2,132,578 pekerja asing yang aktif dan sah direkodkan bekerja di Malaysia setakat 15 Okt lepas, menurun 13 peratus berbanding 2,452,010 pekerja bagi tempoh sama tahun lepas. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata penurunan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing dalam semua sektor ekonomi negara. […]

» Read more

Abdul Rahman Noh Seru Rakyat Bersatu Hadapi PRN Sabah, Setia Untuk BN

SIPITANG, 3 Nov — Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung hujung bulan ini, Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abdul Rahman Noh, menegaskan komitmennya untuk menjadikan Sindumin sebagai kawasan contoh yang maju, bersatu padu dan berdaya saing di Pantai Barat Selatan Sabah. Menurut beliau, Sindumin merupakan kawasan strategik yang memainkan peranan penting dalam menentukan arah pembangunan di bahagian selatan […]

» Read more

Perkukuh Kualiti Pendidikan Awal Kanak-kanak Melalui Kerjasama Dengan Swasta

KUALA LUMPUR, 3 Nov –Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah mengetengahkan isu pendidikan awal kanak-kanak di Dewan Rakyat hari ini, dengan menekankan kepentingan meningkatkan kualiti prasekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Pengerusi Backbenchers bertanya sejauh mana strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menjalin kerjasama dengan pihak swasta untuk dalam menambahbaik jurang kualiti pendidikan awal “Bagaimanakah Kementerian merangka […]

» Read more

Pahang Akan Terus Jadi Destinasi Pelaburan, Hab Industri Strategik

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan terus memastikan Pahang kekal menjadi destinasi pelaburan utama serta hab industri strategik di Pantai Timur. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan beliau telah ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Kuantan di Gebeng untuk Sesi Ramah Mesra Bersama Penggerak Industri Kuantan, pada […]

» Read more

Bung Moktar Seru Perkukuh Pertanian, Benteng Baharu Ekonomi Sabah

KINABATANGAN, 3 Nov – Ketua UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa Sabah tidak boleh terus bergantung kepada hasil minyak, kayu balak dan mineral semata-mata, sebaliknya perlu memperkukuh sektor pertanian sebagai tunjang utama ekonomi masa depan negeri itu. Berucap pada Majlis Pengisytiharan Agihan Keuntungan Interim 2/2025 Projek-Projek Peserta FELCRA Berhad di Dataran Kinabatangan pada […]

» Read more

Kerajaan Johor Terus Komited Perkukuh Kesejahteraan Rakyat

SEDENAK, 3 Nov – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan program turun padang, antaranya Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor yang diadakan sempena Sambutan Pesta Tanglung di Dewan Serbaguna Kampung Baru Sedenak baru-baru ini. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, majlis tersebut bukan sahaja meraikan sambutan kebudayaan masyarakat […]

» Read more

Utamakan Bahasa Melayu, Satukan Rakyat Pelbagai Kaum

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi bahkan menjadi tiang seri yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sungai Buloh, Muhammad Aizat Abdul Rahim. Ujarnya, setiap pemimpin wajar menunjukkan contoh teladan yang baik dengan menghormati bahasa kebangsaan itu. “Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang menjadi lambang perpaduan, maruah dan identiti […]

» Read more

PRN Sabah: Pilih ‘Kontraktor’ Yang Tahu Bekerja – Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU, 3 Nov – Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru rakyat agar menilai prestasi kerajaan dan kepimpinan berdasarkan hasil kerja serta kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Beliau menyamakan proses pilihan raya dengan pemilihan kontraktor oleh rakyat sebagai “tuan punya projek” yang berhak menentukan sama ada mahu mengekalkan atau menukar kerajaan berdasarkan pencapaian dalam tempoh lima […]

» Read more

Projek Tebatan Banjir, Mekanisme Koordinasi Air Bersih Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Isu berkaitan projek tebatan banjir serta mekanisme koordinasi rentas agensi dalam memastikan kesinambungan bekalan air bersih antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan langkah strategik dalam memastikan […]

» Read more
1 … 464 465 466 467 468 … 2,521