Terus Pelihara Solidariti, Semangat Muafakat Yang Telah Terbina BN – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap semua pihak untuk terus memelihara solidariti dan semangat muafakat yang telah lama terbina dalam BN.

Katanya, ini penting bagi memastikan kesejahteraan dan kerukunan serta toleransi di kalangan parti-parti anggota dan parti-parti bergabung BN.

“Ibu pejabat BN mengambil maklum tentang beberapa kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh parti komponen BN yang tular di media massa dalam negara.

“Sebarang cadangan dan usul yang telah dikemukakan di dalam peringkat mesyuarat akan dimuktamadkan sepenuhnya oleh mesyuarat Dewan Tertinggi BN menurut peraturan dan perlembagaan BN,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau malah pada masa sama berkata BN senatiasa berpegang kepada prinsip saling menghormati dalam menangani sebarang isu yang dihadapi.

“Justeru, adab dalam menyatakan dan mengeluarkan sebarang kenyataan hendaklah dipelihara dengan sebaik-baiknya agar tidak menimbulkan salah faham.

“Ini termasuklah hal-hal yang dibincangkan di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” ujar beliau. – UMNO Online

KENYATAAN MEDIA SUA 231122

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.