Gelombang Sokongan Baharu: Pemimpin PGRS Sertai BN

BEAUFORT, 12 Nov – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) terus meningkat apabila beberapa orang pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Dewan Undangan (DU) N.32 Klias mengisytiharkan penyertaan mereka ke dalam Barisan Nasional (BN). Majlis penyertaan itu berlangsung dalam suasana penuh semangat di Program Santai Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Klias Baru BN bersama Bendahari UMNO Negeri Sabah merangkap Pengarah […]

» Read more

Tambah Peruntukan KEJORA, Angkat Potensi Pelancongan Sempena Tahun Melawat Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib mencadangkan agar peruntukan kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ditambah bagi menyokong pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor tahun hadapan. Beliau berkata, langkah itu penting bagi membantu Johor mencapai sasaran RM42 bilion hasil pelancongan dan menarik 12 juta pelancong ke negeri tersebut. “Di kawasan KEJORA ada pantai-pantai peranginan […]

» Read more

Hak 40 Peratus Hasil Sabah Hak Perlembagaan Yang Tidak Boleh Dirunding – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 12 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan ihsan politik, sebaliknya merupakan kewajipan perlembagaan yang mesti dikembalikan tanpa sebarang rundingan atau kelewatan. Beliau berkata, keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu serta memulakan rundingan […]

» Read more

WHI 2025 Inisiatif HDC Perkasa Usahawan Wanita Dalam Industri Halal – Noraini

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata Women In Halal Industry (WHI) adalah inisiatif Halal Development Corporation Berhad (HDC) yang memfokuskan kepada pembangunan kapasiti, kepimpinan dan penyertaan aktif golongan wanita dalam ekosistem industri halal. Menurut Noraini, program tersebut bertujuan membuka ruang lebih luas kepada usahawan, profesional dan bakat wanita […]

» Read more

Sabah Perlu Kerajaan Stabil, Bukan Medan Percubaan Politik – Erwan Palette

KOTA KINABALU, 11 Nov – Sabah memerlukan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan bukan lagi medan percubaan politik, tegas Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Erwan Palette. Jelasnya, rakyat Sabah sendiri telah melihat bahawa hanya Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa pembangunan menyeluruh, membuka peluang pekerjaan dan menjamin kemakmuran untuk semua lapisan masyarakat. “’Bikin Balik Sabah’ bukan sekadar slogan tetapi ia […]

» Read more

Laksana Blueprint Jadikan Sabah Hab Hasil Pertanian Negara

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir mencadangkan agar Sabah National Agriculture Produce Hub Blueprint dirangka sebagai dasar pelaksanaan di peringkat nasional bagi memperkasa sektor pertanian di negeri itu. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata, pelan tersebut perlu meletakkan Sabah sebagai pusat pengeluaran, pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian negara. “Komponen pertama blueprint ini […]

» Read more

Onn Hafiz Bentang Belanjawan Johor 2026 ‘Bangsa Johor Sejahtera’ Khamis Ini

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi akan membentangkan Belanjawan Johor 2026 pada Khamis ini, pukul 9.30 pagi di persidangan Dewan Undangan Negeri serta akan disiarkan secara langsung di laman Facebooknya dan siaran radio tempatan. Menurut Onn Hafiz, belanjawan yang bertemakan ‘Bangsa Johor Sejahtera’ bakal dibentangkan dengan tumpuan kepada Agenda Maju Johor 2030 melalui enam […]

» Read more

Kenaikan Cukai MBAS: Tanda Kegagalan Kerajaan Negeri Kedah Cari Sumber Hasil

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Kenaikan cukai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menjadi bukti kepada kegagalan Kerajaan Negeri Kedah yang ditunjangi Perikatan Nasional (PN) mencari sumber pendapatan untuk membangunkan negeri. Pengarah Komunikasi UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, perkara tersebut bertentangan dengan zaman Negeri Kedah diperintah oleh Barisan Nasional (BN) selama lebih 30 tahun. “Mereka kata […]

» Read more

Jajaran Sungai Utama Perlu Diwarta Sebagai Warisan Sumber Makanan Negara

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib mencadangkan agar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil inisiatif mewartakan jajaran sungai utama di negara ini sebagai Warisan Sumber Makanan Negara. Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan sumber makanan negara terus terpelihara dan tidak terjejas akibat pencemaran serta pembangunan yang tidak terkawal. “Saya cadang supaya LKIM ambil inisiatif berunding […]

» Read more

Inovasi Desa, Denyut Kejayaan KKDW – TPM

PUTRAJAYA, 11 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa inovasi menjadi nadi utama kejayaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam usaha memperkasa pembangunan luar bandar serta meningkatkan taraf hidup masyarakat desa. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, menjelang penghujung tahun 2025, beliau berbangga dengan semangat serta tekad seluruh warga KKDW […]

» Read more
1 … 453 454 455 456 457 … 2,521