Henti Layan Spekulasi… Saya Masih Bersama UMNO – Hishammuddin

TANAH RATA, 16 Jan – Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sudah masanya pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO berhenti melayan spekulasi dan konspirasi. Jelas beliau, kini sudah sampai masanya semua pihak merapatkan saf bagi berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). “Saya sendiri sudah sembilan bulan jadi mangsa spekulasi. Orang cakap saya sudah keluar UMNO… nak masuk PPBM.. […]

» Read more

Jangan Ambil Mudah PRK Cameron Highlands, Cukup-Cukuplah ‘Gaduh’ Sesama Sendiri – Hishammuddin

JELAI, 16 Jan – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan jentera UMNO agar tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan menggesa agar semua pihak melangkah ke depan dalam usaha memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor. Menurut beliau cukup-cukuplah semua pihak bergaduh sesama sendiri dan hari ini parti mempunyai agenda yang lebih besar […]

» Read more

Anak Kalah Naib Presiden Antara Punca Tun Mahathir Musuhi Najib…

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Selain tidak mahu menurut kemahuan berhubung isu jambatan bengkok, kegagalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan UMNO pada tahun 2013 mungkin menjadi punca perseteruan Tun Dr Mahathir Mohamad dengannya, jelas bekas Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Menurut Perdana Menteri Keenam itu, beliau menyokong Mukhriz bertanding sebagai Ahli Majlis […]

» Read more

Dasar Ekonomi Flip-Flop PH, Akhirnya Rakyat Terima Padah

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) janganlah asyik mendabik dada mampu memerintah negara lebih baik dari Kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, kadar pendapatan KWSP adalah antara petunjuk kepada keadaan ekonomi negara selain Nomura dan Moody’s juga yang telah memberikan bayangan negatif mengenai tinjuan ekonomi 2019. “Kita tidak […]

» Read more

UMNO Sentiasa Buka Pintu, Belum Terima Permohonan Mana-mana Ahli Parlimen Kembali Sertai Parti

KUALA LUMPUR, 16 Jan – UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai dan menjadi ahli UMNO, kata Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, syarat dan proses untuk menjadi ahli adalah tertakluk kepada seperti apa yang diperuntukan oleh perlembagaan dan peraturan pentadbiran parti. “Setakat ini, saya secara peribadi belum dan tidak ada […]

» Read more

Digelar Kleptokrat, Perompak Dan Lanun Bugis… Najib Anggap Lumrah Bila Jadi Pemimpin Utama

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tenang menjawab pertanyaan yang dilontarkan kepadanya walaupun terdapat soalan yang berunsur kontroversi dan sensitif. Reaksi sedemikian dapat dilihat dalam wawancara eksklusif ‘Suara dari Jauh’ bersamanya bertajuk ‘Mencari Kebenaran, Soalan Berani, Jawapan Ikhlas’ yang disiarkan secara langsung malam tadi di laman Facebook UMNO-Online. Antaranya persoalan yang ditimbulkan […]

» Read more

BN Dan Pas Kempen Bersama, Sepakat Gesa PH Laksanakan Dahulu Janji PRU-14

JELAI, 16 Jan – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menampakkan sedikit kelainan apabila UMNO dan Pas berganding bahu dalam satu program santai bersama jentera dan pengundi di Koyan Satu malam tadi. Bertempat di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Koyan 1, walaupun majlis yang ringkas, namun ianya membawa seribu makna dan satu pengertian yang besar di […]

» Read more

Tidak Tunai Janji… Itu Pemimpin Yang Tiada Moral Integriti – Najib

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan tegas berkata seorang pemimpin itu diukur kepada moral integritinya. Menurutnya, pemahaman masyarakat umum perkara-perkara yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah adalah satu dimensi daripada konsep integriti. “Tapi ada satu lagi integriti yakni moral integriti. Maknanya bila kita cakap sesuatu terutama sekali bila kita janji […]

» Read more

Kerap Sangat Buat ‘U-Turn’, Rakyat Cameron Highlands Perlu Undi BN Untuk Tolak PH

JELAI, 16 Jan – Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris menyarankan agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak terlalu kerap membuat ‘u-turn’ termasuklah isu berhubung gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti itu di dalam media sosial sehingga menimbulkan pelbagai pendapat berhubung isu berkenaan yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. Menurut beliau apabila terkena kepada pihak […]

» Read more

Kemenangan Calon BN Lambang Kepelbagaian Yang BN Bina Selama Ini

TANAH RATA, 16 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor nanti adalah cerminan kepelbagaian yang BN bina selama ini. Jelas beliau, inilah peluang kepada pengundi di Cameron Highlands untuk mempamerkan walau sekecil manapun kaum itu, ia tetap ada tempat dalam pemerintahan negara […]

» Read more
1 … 2,544 2,545 2,546 2,547 2,548 … 2,555