Henti Layan Spekulasi… Saya Masih Bersama UMNO – Hishammuddin

TANAH RATA, 16 Jan – Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sudah masanya pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO berhenti melayan spekulasi dan konspirasi.

Jelas beliau, kini sudah sampai masanya semua pihak merapatkan saf bagi berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya sendiri sudah sembilan bulan jadi mangsa spekulasi. Orang cakap saya sudah keluar UMNO… nak masuk PPBM.. nak jadi Setiausaha Agung UMNO pula… saya pun tidak faham.. hari-hari ada spekulasi baru. ini tidak sihat untuk parti kita.

“Dulu kata saya nak keluar parti… saya masih di sini berkempen untuk PRK Cameron Highlands… ada yang cakap saya berpakat nak bawa masuk Ahli Parlimen 30 orang ke PPBM… yang keluar berapa kerat je. Apa yang mereka gembar-gemburkan itu tidak menjadi kenyataan… jadi mereka betul-betul fitnah.

“Jadi mungkin PRK Cameron Highlands boleh jadi satu pemangkin menyedarkan semua orang, siapa yang nak cari makan itu jangan bagi ruang untuk mereka nak melaga-lagakan kita selepas ini,” ujar beliau kepada media selepas beramah mesra dengan penduduk setempat di Berinchang.

Tambah Hisham, pemimpin UMNO juga harus berhenti membiarkan diri mereka dipergunakan oleh individu yang hanya mahu mencari makan dalam parti.

Bercakap berkaitan cara berkempen PH di PRK Cameron Highlands ini yang masih seperti pembangkang walaupun telah menjadi kerajaan, jelas Hisham, PH sepatutnya sudah belajar cara untuk memimpin.

“Cara memerintahpun sama (seperti pembangkang). Saya rasa rakyat boleh nilai sendiri… yang penting sekarang ini sebenarnya adalah sudah sampai masa untuk mereka memimpin.

“Saya lihat kementerian-kementerian semua tidak berjalan.. dasar semua tidak jelas, jawapan kepada isu di Cameron Highlands tidak konsisten.. sudah sembilan bulan.. takkan nak tunggu lagi.. berapa lama lagi,” bidas Hisham. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.