UMNO Sentiasa Buka Pintu, Belum Terima Permohonan Mana-mana Ahli Parlimen Kembali Sertai Parti


KUALA LUMPUR, 16 Jan – UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai dan menjadi ahli UMNO, kata Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, syarat dan proses untuk menjadi ahli adalah tertakluk kepada seperti apa yang diperuntukan oleh perlembagaan dan peraturan pentadbiran parti.

“Setakat ini, saya secara peribadi belum dan tidak ada menerima apa-apa permohonan pun dari mana-mana Ahli Perlimen UMNO yang telah keluar parti untuk menyertai semula UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dilaporkan terdapat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan keluar UMNO bulan lalu memohon untuk kembali menyertai parti itu. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.