Dasar Ekonomi Flip-Flop PH, Akhirnya Rakyat Terima Padah


KUALA LUMPUR, 16 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) janganlah asyik mendabik dada mampu memerintah negara lebih baik dari Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kadar pendapatan KWSP adalah antara petunjuk kepada keadaan ekonomi negara selain Nomura dan Moody’s juga yang telah memberikan bayangan negatif mengenai tinjuan ekonomi 2019.

“Kita tidak lupa berita GLC-GLC utama kehilangan nilai pasaran akibat dari pelabur-pelabur yang keluar dari Malaysia kerana ketidaktentuan polisi dan dasar ekonomi flip-flop yang dimainkan oleh Kerajaan PH.

“Aliran keluar dana asing sehingga mencecah RM38 billion dalam enam bulan pentadbiran PH juga menjejaskan nilai saham GLC-GLC ini.

“Antara contoh dasar yang ‘gelojoh’ dilaksanakan ialah YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh mengarahkan Telekom Malaysia (TM) untuk menurunkan harga pakej Jalur Lebar dengan drastik dan keputusan ini telah menyebabkan KWSP menerima kerugian atas kertas sebanyak RM2.4billion akibat penurunan harga saham TM,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Seharusnya, kata beliau, YB Menteri mengarahkan agar TM distruktur semula bagi memudahkan syarikat untuk menyerap kesan penurunan tersebut.

“Bak kata Menteri Ekonomi, rakyat sudah muak mendengar alasan hutang negara dan sikap menyalahkan kerajaan lama sehinggakan tak nampak natijah positif terhadap ekonomi negara.

“Justeru apakah PH masih ingin terus berpolitik dan bersandiwara dengan rakyat?”

Dilaporkan, seramai 14.09 juta pencarum KWSP bakal berhadapan pendapatan dividen yang lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman memberikan andaian berkenaan dan ianya bergantung kepada faktor pasaran dan sentimen tempatan selain tidak menafikan sentimen yang dimainkan sepanjang tahun lepas akan mempengaruhi faktor kadar pendapatan dividen.

“Umum mengetahui KWSP adalah pelabur aktif di pasaran modal negara,” katanya.

Dalam hal ini beliau merujuk kepada laman web KWSP, caruman yang dikutip akan dilaburkan di instrumen-instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasil pendapatan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon dan Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Dalam hal ini, KWSP juga mempunyai pegangan di hampir semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mempunyai modal besar. Disamping itu KWSP juga melabur di projek-projek pembangunan hartanah berimpak tinggi antaranya Kwasa Land dan Pembangunan Semula Battersea di London. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.