Kemenangan Calon BN Lambang Kepelbagaian Yang BN Bina Selama Ini

TANAH RATA, 16 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor nanti adalah cerminan kepelbagaian yang BN bina selama ini.

Jelas beliau, inilah peluang kepada pengundi di Cameron Highlands untuk mempamerkan walau sekecil manapun kaum itu, ia tetap ada tempat dalam pemerintahan negara yang telah dibentuk sejak merdeka lagi.

“Orang UMNO ke… MIC ke… MCA ke.. Dap ke… tidak kira siapa, jangan pandang calon ini dari sisi BN tapi lihatlah dari sisi lain iaitu lambang Malaysia kepelbagaian kaum.

“Inilah cerminan sangat penting yang BN bina. Kalau Pakatan Harapan (PH) kata mereka lebih pelbagai kaum, mereka hanya menyadur konsep yang sekian lama berada dalam roh kita,” ujar beliau ketika berucap dalam program santai bersama Pemuda BN dan Pas Tanah Rata di sini, Selasa malam.

Annuar, turut menyeru kepada anak muda untuk kembali menilai senario politik masa kini.

“Tema dulu (semasa PRU-14) adalah tema orang muda.. yang menjadikan pembangkang dulu kerajaan adalah orang muda dan yang paling kecewa sekarang juga adalah orang muda.

“Dulu mereka cakap senang… sudah jadi kerajaan baru mereka tahu. Janji nak bagi peluang pekerjaan kepada orang muda, hapus PTPTN dan macam-macam lagi tapi lihatlah sekarang.

“Jadi kita kena terus berjuang dan yakin BN dengan pengalaman baru akan memberi pembelaan yang lebih baik kepada rakyat,” ujar beliau. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.