Kerap Sangat Buat ‘U-Turn’, Rakyat Cameron Highlands Perlu Undi BN Untuk Tolak PH


JELAI, 16 Jan – Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris menyarankan agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak terlalu kerap membuat ‘u-turn’ termasuklah isu berhubung gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti itu di dalam media sosial sehingga menimbulkan pelbagai pendapat berhubung isu berkenaan yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Menurut beliau apabila terkena kepada pihak lain dianggap rasuah dan sebagainya namun apabila terkena batang hidung sendiri tidak pula dianggap sedemikian rupa dan itu adalah perkara yang tidak betul.

“Bila kena kat orang lain dianggap rasuah, namun apabila kena batang hidung sendiri tidak rasuah… tidak betul. Kita harap kerajaan PH jangan banyak ‘u-turn’, jangan meletakkan dari segi harapan sahaja namun dari sudut tindakan tidak ada.

“Apabila beri duit minyak katakan, dan ini dianggap termasuk dalam kos pilihan raya dan sebagainya, bagi saya kalau betul-betul nak banteras rasuah tidak kira ‘size’ besar manapun,  rasuah itu apabila beri duit kerana sebab PRK ini adalah rasuah. Tidak kira termasuk dalam perbelanjaan pilihan raya atau sebaliknya. Mengapa sebelum pilihan raya tidak diberikan duit. Hari ini dikatakan beri duit minyak kerana orang datang,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan PH berkaitan tersebarnya gambar jentera parti itu sedang memberikan wang kepada beberapa pemuda dengan memberikan alasan itu adalah pemberian duit petrol untuk sukarelawan yang datang pada hari penamaan calon.

Terdahulu sebelum itu, beliau dan pimpinan serta jentera UMNO yang lain berganding bahu dalam satu program santai bersama jentera dan pengundi di Koyan Satu malam tadi di perkarangan Bilik Gerakan BN, Pusat Daerah Mengundi Koyan Satu.

Ahmad Nazlan seterusnya menyeru para pengundi di Parlimen Cameron Highlands agar menolak PH dan mengundi calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor dalam usaha membuktikan mereka menolak perkara yang menjurus ke arah sedemikian rupa.

“Saya menyeru kepada semua pengundi di dalam parlimen ini agar memberikan undi kepada calon BN untuk membuktikan bahawa kita benci rasuah sepertimana yang dikehendaki oleh PM sendiri. Jadi kita gunakan hak kita dalam PRK ini untuk menafikan apa yang mereka kata. Undilah BN,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.