Lawatan PM Ke China Gagal dan Merosakkan Hubungan Diplomatik Antara Dua Negara

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Tiada ‘buah tangan’ besar yang dibawa balik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari negara China sebaliknya ianya membawa kepada hubungan dua hala yang ‘masam’ dan ‘mencuka’, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam. Katanya, apa yang dibawa balik hanya umpama RM50 yang dibelanjakan di pasaraya hari ini. “Tidak penuh trolley, yang […]

» Read more

Salam Aidiladha, Semoga Aidiladha Dimanfaatkan Dengan Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Presiden UMNO bersama seluruh kepimpinan UMNO mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menunaikan ibadah haji sempat memuat naik ucapan berkenaan dalam laman instagramnya. “Salam Aidiladha 1439H kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam dari saya dan isteri di tanah suci. Semoga Aidiladha kali ini dimanfaatkan dengan sebaiknya, berzikir […]

» Read more

CEP Mesti Dibubarkan, Laporannya Mesti Didedah Kepada Parlimen dan Rakyat – Annuar

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Demi kebaikan, Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) harus dibubarkan dengan anggotanya tidak harus terlibat dalam urusan kerajaan dan biarlah sistem yang sedia ada berfungsi mengikut peraturan dan perlembagaannya, kata Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa. “Kita mengucapkan terima kasih kepada CEP, terdiri daripada lima tokoh rapat dengan Perdana Menteri (PM), yang telah pun menamatkan […]

» Read more

Kerajaan Warisan Sabah Perlu Kotakan Janji, Tuntut Janji Hak Autonomi – Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menegaskan, kerajaan Warisan di Sabah perlu menuntut janji kerajaan pusat untuk memberikan autonomi kepada rakyat Sabah sepertimana yang telah dijanjikan oleh Pakatan Harapan pada PRU ke 14 sebelum ini. Menurut beliau, ini merupakan masa yang sesuai untuk Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal menuntut hak […]

» Read more

Luluskan SST : UMNO, BN Sentiasa Utamakan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, ramai yang meramalkan, malah mencadangkan, supaya Barisan Nasional (BN) menggunakan kuasa majoritinya di Dewan Negara untuk menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) melaksanakan SST mulai 1 September depan. Bagaimanapun kata beliau, sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, BN akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. “Jika sebarang ‘impasse’ atau kekangan berlaku, […]

» Read more

Diskusi 100 Hari PH Tipu Kupas ‘Sabah : Sekadar Janji’

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Sudah lebih 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan sejak 9 Mei lalu namun demikian, sepuluh perkara yang dijanjikan dalam manifesto mereka dalam tempoh tersebut masih gagal dilaksana termasuklah janji kepada rakyat di Sabah. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersama Senior Fellow, Social Empowerment and Empowerment […]

» Read more

Dahulu Marah Sekarang Bangga Pula Dengan Proton – Geely

Ketika Proton yang sudah dimiliki syarikat swasta menjual 49 peratus sahamnya kepada syarikat Geely dari China pada Mei tahun lalu, saya masih ingat tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh saya menjual maruah negara dan negara bakal dijual. Malah, Dr Mahathir melalui tulisan dan ucapannya mengakui menangis teresak-esak mengenangkan saham Proton dijual kepada Geely. Walhal, di sebalik hakikat Tun Mahathir sebagai […]

» Read more

Janji Hipokrit Kerajaan PH Budaya Politik Baharu Yang Membahayakan

PULAU PINANG, 20 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berpendirian bahawa Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad wajar meletakkan jawatan ekoran kegagalan kerajaan yang diketuai beliau gagal menunaikan janji kepada rakyat sepertimana yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU ke 14 lalu. Ketuanya, Rosesarwandi Saad @ Yaacob berkata sebagai pemimpin nombor satu negara, seharusnya 10 janji dalam 100 […]

» Read more

Kerajaan PH Perlu Segera Menangkap Jho Low

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Mohamed Khaled Nordin mendesak agar Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) segera mendakwa Jho Low agar segala tanda tanya, spekulasi serta manipulasi akan terjawab segera. Jelas beliau, kegagalan menangkap individu yang berkait rapat dengan isu 1MDB ini akan terus membuka ruang kepada sebaran pelbagai cerita dan spekulasi yang tidak jelas, tidak tepat […]

» Read more

Kerjasama UMNO dan Pas Satu Signal Untuk Rakyat Tolak Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, kerjasama antara UMNO dan Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia adalah lambang perpaduan dan satu signal kepada rakyat untuk bersatu dan menolak kepimpinan kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (PH). Jelas beliau, rakyat semua kaum dan agama perlu bangkit dan menunjukkan kuasa rakyat agar rakyat […]

» Read more
1 2,392 2,393 2,394 2,395 2,396 2,434