UMNO Jangan Hilang Fokus – Asyraf Wajdi


KUALA LUMPUR, 1 Julai – Pengumuman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas selaku Presiden UMNO setelah bercuti tidak harus mencetuskan polemik baru di kalangan ahli kerana ia selaras dengan Perlembagaan Parti dan hak mutlak beliau selaku Presiden Parti yang sah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata di kala Regim Pakatan Harapan (PH) yang haru biru dan sedang mengalami pergolakan dalaman yang kronik, UMNO harus menumpukan usaha untuk membela nasib rakyat yang kian sengsara dengan pelbagai dasar PH yang menyusahkan mereka.

“Keutamaan kini juga harus difokuskan kepada usaha penyatuan ummah dan kerjasama UMNO-PAS yang amat didambakan rakyat, demi mempertahankan martabat Agama dan maruah Bangsa yang semakin terobek di bawah Regim PH.

Jelas beliau, dengan kesatuan yang utuh, kesetiaan pada idealisme perjuangan dan meletakkan kepentingan parti melebihi peribadi, insya-Allah, UMNO mampu bangkit kembali demi rakyat dan negara tercinta. – MediaUMNO