Pemuda Rakam Dukacita Insiden Di Kuil Seafield, Bidas Exco Selangor Salahkan Orang Islam

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pemuda UMNO hari ini melahirkan rasa sedih serta dukacita berhubung  kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya awal pagi tadi  dan melihat perkara tersebut  amat tidak wajar kerana ianya tidak menggambarkan suasana sebenar di negara ini  yang hidup penuh penghormatan agama serta kaum. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada masa yang sama […]

» Read more

ICERD: Rasiskah Kita? Saksikan Bicara Bekas Ketua Hakim Negara Mengenainya, Malam Ini

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Polemik mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) timbul apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) bercadang untuk meratifikasikannya. Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga ketika berucap di United Nation General Assembly (UNGA) sendiri telah menyebut di dalam ucapannya bahawa kerajaan Malaysia bersedia untuk meratifikasikan ICERD di dalam perhimpunan antarabangsa tersebut. Tindakan PH tersebut […]

» Read more

UMNO Perak Sahkan Ada Cubaan Untuk ‘Membeli’ Adun BN Bagi Gulingkan MB Perak

SUNGAI SIPUT, 26 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak Datuk Saarani Mohamad mengesahkan ada pihak yang cuba menawarkan pelbagai tawaran kepada ADUN Barisan Nasional (BN) bagi ‘menggulingkan’ Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekaligus akan terjadinya Pilihan Raya Negeri (PRN). Jelas beliau, perkara ini cukup serius namun semua 25 ADUN BN telah berikrar tidak akan sama sekali […]

» Read more

Kerajaan PH Terpaksa Panaskan Isu 1MDB Untuk Tutup Janji-janji Bohong – Dr Puad

BATU PAHAT, 26 Nov – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) amat bergantung harap kepada isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk dimanipulasi bagi kekalkan kepercayaan rakyat kepada mereka setelah gagal menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, ujar Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Terkini katanya, mengenai pengakuan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah […]

» Read more

JAKIM Tidak Wajar Dijadikan Benteng Pertahankan ICERD – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pemuda UMNO hari ini menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Muhahid Yusof Rawa agar berhenti menggunakan platform JAKIM untuk mempertahankan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang jelas boleh menghakis kedaulatan Islam. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya terkilan dengan sikap tersebut yang bersungguh-sungguh mempertahankan ICERD […]

» Read more

Presiden Perkenal Lima Formula Perkukuh Kembali UMNO

SG. SIPUT, 25 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperkenalkan lima formula yang harus diikuti oleh semua ahli UMNO untuk memastikan parti kembali kukuh. Jelas beliau, lima formula itu adalah menghentikan perbezaan pendapat, turun ke bawah memenangi dan mengambil hati rakyat, memantapkan kesepaduan, susun semula jentera dan pastikan calon pilihan raya adalah ‘capable’, ‘acceptable’ dan ‘winnable’. […]

» Read more

Ahmad Zahid Sahkan UMNO Sertai Himpunan Ummah 8 Dis Ini

SG. SIPUT, 25 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan UMNO akan tetap turut serta dalam perhimpunan bantahan retifikasi ICERD pada 8 Disember ini. Jelas beliau, seluruh 191 bahagian UMNO akan menghantar peserta bagi menjayakan himpunan tersebut. “Untuk 8 Disember ini saya sahkan UMNO akan terus bagi dokongan kepada Ummah yang jadi penganjur. Pas sudah nyatakan […]

» Read more

Jentera UMNO Siap Sedia Jika PRN Benar-benar Berlaku

SG. SIPUT, 25 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera negeri Perak telah bersiap sedia sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Perak benar-benar berlaku. Jelas beliau, soal calon pula akan diserahkan kepada kepimpinan Negeri sehingga ke cawangan bagi meletakkan calon yang difikirkan sesuai. “Jika ditakdirkan ada pilihan raya negeri, kesefahaman dan adunan (dengan Pas) ini diterjemahkan dengan […]

» Read more

Apa Yang Guan Eng Cuba Sembunyikan? Tuduh Ada Pihak Guna Isu ICERD Bangkitkan Sentimen Melayu – Tun Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menemui ketua pengarang akhbar berbahasa Cina dan memberi peringatan bahawa beberapa parti politik dan individu-individu sedang memainkan sentimen masyarakat Melayu dengan menggunakan isu ICERD dan isu-isu perkauman lain adalah amat mendukacitakan, demikian kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad. Jelas beliau, tindakan Lim bertemu dengan pengarang-pengarang akhbar […]

» Read more

Zahid Sekali Lagi Tegaskan Kenyataan Mengenai ICERD Perlu Direkodkan Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi menegaskan bahawa kenyataan kerajaan mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) perlu dibawa ke dalam Parlimen untuk di rekodkan di dalam hansard rasmi Menurut beliau kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung perkara tersebut bukan sahaja tidak mengikut formaliti pentadbiran, tiada tandatangan […]

» Read more
1 2,338 2,339 2,340 2,341 2,342 2,434