Dividen ASB, LTAT, Tabung Haji…2020 Bakal Jadi Mimpi Ngeri Untuk Rakyat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tahun 2020 yang diharapkan rakyat menjadi sinar untuk sebuah negara maju yang mampu menjana pendapatan mereka, rupanya bakal menjadi mimpi ngeri. Malah katanya, perubahan positif yang rakyat harapkan daripada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) nampaknya terus malap dan hanya menjadi mimpi indah yang tak mungkin jadi kenyataan. […]

» Read more

Pemuda UMNO Paparkan Lapan Dilema Penjawat Awam Di Zaman Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan keadilan dan mengutamakan kebajikan penjawat awam yang selama ini menjadi nadi utama operasi kerajaan dan kecemerlangan negara. Kata Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sejak PH menduduki Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lepas, penjawat awam sentiasa menjadi sasaran kambing hitam dan kritikan […]

» Read more

“Jika Perbelanjaan Sektor Swasta Jadi Sifar, Negatif… Ekonomi Malaysia Akan Krisis” – Najib

KUALA LUMPUR, 19 Dis – “Jika perbelanjaan sektor swasta juga menjadi sifar atau bertukar negatif maka ekonomi Malaysia akan mengalami krisis,” tegas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ini kerana katanya ekonomi negara sekarang hanya bergantung kepada perbelanjaan sektor swasta yang mana ia adalah antara satu dari sektor-sektor utama ekonomi. Dalam masa yang sama ujar Najib […]

» Read more

PH Gagal Rangsang Ekonomi, Hancurkan Fundamental Yang BN Bina – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sehingga kini gagal merangsang ekonomi negara. Bahkan tempelaknya, PH menghancurkan fundamental yang dibina oleh kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN). “Ketidakstabilan politik zaman PH terutamanya isu peralihan antara PM (Perdana Menteri) Ke-7 dan PM Ke-8 akibatkan pelabur tidak yakin dengan dasar kerajaan […]

» Read more

Wajib Kerja Kuat, Jangan Biarkan PH Terus Rosakkan Negara – Annuar

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Baik ketika di Parlimen, hinggalah ke jalan raya seperti kes Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan iklan pelacuran, parti pembangkang perlu berusaha dengan lebih keras mencegah tindakan-tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) daripada terus membuat kerosakan kepada negara. Twit Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa di Twitternya, ia adalah demi kesejahteraan […]

» Read more

Iklan ‘Sugarbook’: PH Tak Peka… DBKL Harus Tegas, Ambil Serius

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor Rizam Ismail mendesak agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil serius dengan memantau setiap permohonan iklan selepas ini supaya tiada kejadian seperti papan tanda pelacuran berulang lagi. Jelas beliau, ternyata Pakatan Harapan (PH) tidak peka kerana sepatutnya mereka faham bahawa iklan seperti ‘sugarbook’ begitu sensitif dalam norma kehidupan […]

» Read more

Dividen Rendah: Jangan Terpedaya Helah, Sandiwara Dap – Amran

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji (TH) yang tersangat rendah dan kaitan pengumuman Menteri Kewangan dari Dap Lim Guan Eng bahawa pemaju Bandar Malaysia akan membayar RM6.5 bilion dalam masa tiga tahun kepada kerajaan mempunyai makna yang tersirat, dakwa Bekas Pemikir Publisiti Pengundi Melayu Dap, Amran Ahmad. Katanya, semua itu adalah strategi kerajaan Pakatan […]

» Read more

Dividen ASB: Ekonomi Jatuh Kerana PH Gagal Tadbir Urus Negara

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya mesti fokus dalam menangani masalah ekonomi negara yang teruk demi untuk kesejahteraan rakyat dan bukan hanya galak berebut kuasa, sehingga tanggungjawab kepada rakyat terus terabai, tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan berikutan laporan prestasi terburuk kadar bayaran dividen dalam sejarah ASB sejak […]

» Read more

‘Billboard Sugarbook’: Rahmatan Lil Alamin PH Sekadar ‘Make-up’ Konon Jaga Islam

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Penganalisis politik tempatan, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, papan tanda gergasi mempromosikan pelacuran secara jelas memperlihatkan bahawa konsep ‘rahmatan lil alamin’ yang dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) sekadar ‘make-up’ untuk mencantikkan rupa mereka demi menunjukkan kononnya PH tidak melupakan Islam. Namun jelas beliau, hakikat dan kenyataan sebenar, pentadbiran PH tidak langsung menjaga kepentingan Islam sebagai […]

» Read more

Dividen ASB Terendah: Dua Tahun PH Pegang Rekod, Masih Salahkan BN? Soal Shahar

KUANTAN, 19 Dis – Setelah dua tahun menjadi pemegang rekod pemberian dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) terendah dalam sejarah, apakah penjelasan kerajaan Pakatan Harapan (PH), soal Ahli Parlimen Paya Besar Shahar Abdullah. Soalnya juga, adakah PH masih mahu menyalahkan kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN). “Rasa amat sedih terutamanya kepada orang-orang kampung, anak-anak muda yang menjadi majoriti pelabur-pelabur ASB, yang mengharapkan […]

» Read more
1 … 2,249 2,250 2,251 2,252 2,253 … 2,524