Dividen Rendah: Jangan Terpedaya Helah, Sandiwara Dap – Amran


KUALA LUMPUR, 19 Dis – Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji (TH) yang tersangat rendah dan kaitan pengumuman Menteri Kewangan dari Dap Lim Guan Eng bahawa pemaju Bandar Malaysia akan membayar RM6.5 bilion dalam masa tiga tahun kepada kerajaan mempunyai makna yang tersirat, dakwa Bekas Pemikir Publisiti Pengundi Melayu Dap, Amran Ahmad.

Katanya, semua itu adalah strategi kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan tahap peminta sedekah buat rakyat terutama orang Melayu/Islam dan Bumiputera dalam tiga tahun pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Pada tahun keempat dan kelima menjelang PRU-15, kerajaan PH akan hamburkan dividen ASB dan TH yang lebih tinggi kerana mereka mahu menang hati orang Melayu untuk PRU-15.

“Kemungkinan besar, pada tahun empat dan lima itu juga, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSAH) akan dinaikkan sehinga RM2,500 sebagai umpan untuk memancing orang Melayu mengundi Dap yang berselindung di sebalik PH.

“Pada ketika itu, akan keluarlah ayat-ayat seperti – PH berjaya pulihkan ekonomi negara dan senangkan rakyat, Malaysia bebas dari kleptokasi – sedangkan itu hanya wayang menteri kewayangan Malaysia,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Ulasnya Bekas Naib Pengerusi Biro Buruh Dap itu lagi, semua itu hanya sandiwara PH dan Dap yang sudah lama memainkan taktik sebegitu untuk memperbodohkan rakyat terutama orang Melayu di Selangor dan Pulau Pinang sebelum ini dengan mengumumkan pelbagai pemberian menjelang PRU.

“Ternyata, Dap dan PH bukan kerajaan ikhlas untuk membangunkan negara dan menyenangkan rakyat kerana tiga tahun pertama untuk poket mereka, dua tahun lagi untuk rakyat pula.

“Kerisauan saya, orang Melayu kelabu mata pada 2021 dan 2022 dan puji melambung Dap-PH apabila dapat BRIM RM2,500 dan dividen tinggi dan kita terlupa apa Dap-PH buat dalam tiga tahun pertama selepas detik hitam PRU-14 pada 2018,” tambahnya.

Justeru itu, bekas ahli seumur hidup parti Dap itu berharap agar rakyat dapat menobatkan Muafakat Nasional sebagai kerajaan pada PRU-15 kelak. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.