Dividen ASB Terendah: Dua Tahun PH Pegang Rekod, Masih Salahkan BN? Soal Shahar


KUANTAN, 19 Dis – Setelah dua tahun menjadi pemegang rekod pemberian dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) terendah dalam sejarah, apakah penjelasan kerajaan Pakatan Harapan (PH), soal Ahli Parlimen Paya Besar Shahar Abdullah.

Soalnya juga, adakah PH masih mahu menyalahkan kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN).

“Rasa amat sedih terutamanya kepada orang-orang kampung, anak-anak muda yang menjadi majoriti pelabur-pelabur ASB, yang mengharapkan pulangan lebih tinggi.

“Sekiranya mereka terus kecewa dengan dividen ASB dan memutuskan untuk keluarkan simpanan, ini juga akan memberi kesan kepada bank-bank di seluruh negara, secara tidak langsung boleh menjejaskan ekonomi secara keseluruhan.

“Mohon suatu penjelasan daripada kerajaan,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Ulasnya, tahun lalu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan dividen terendah dalam sejarah, sebanyak 6.50 sen seunit + bonus 0.50 sen dan kerajaan PH menyalahkan kerajaan BN.

“Dan sebentar tadi (semalam-18 Dis) PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit untuk tahun ini, lebih teruk daripada tahun lalu, dan masih terendah dalam sejarah.

“Ingatkan 2018 dah terendah dalam sejarah, tapi malang seribu kali malang, 2019 lagi terendah dalam sejarah,” bidasnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.