Wajib Kerja Kuat, Jangan Biarkan PH Terus Rosakkan Negara – Annuar


KUALA LUMPUR, 19 Dis – Baik ketika di Parlimen, hinggalah ke jalan raya seperti kes Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan iklan pelacuran, parti pembangkang perlu berusaha dengan lebih keras mencegah tindakan-tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) daripada terus membuat kerosakan kepada negara.

Twit Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa di Twitternya, ia adalah demi kesejahteraan rakyat untuk masa hadapan.

“Apakan daya, pembangkang harus berkerja keras bukan saja di Parlimen tapi juga hingga ke jalan-jalan raya seperti dalam kes ICERD, dan papan tanda lebuh raya dalam kes iklan pelacuran..

“Memintas tindakan kerajaan PH dari terus merosakkan negara… letih tapi wajib berusaha demi rakyat,” tegasnya.

Untuk rekod, sepanjang 18 bulan PH memerintah negara, pelbagai kerosakan yang telah PH lakukan terutama keadaan ekonomi negara yang semakin merudum hingga menghimpit kehidupan rakyat, kesucian agama Islam sewenang-wenangnya dipermainkan dan pelanggaran ‘rule of law’ yang amat berleluasa. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.