PRK Kimanis: Menangkan Calon BN, Hantar Mesej Kebangkitan Rakyat Sabah – Najmil

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis merupakan cabaran terbaru selepas kemenangan yang besar di Tanjung Piai dan rakyat hasrus hantas mesej kebangkitan atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan.

Jelas beliau, pengundi di Kimanis perlu melihat secara rasional dalam menilai pencapaian Barisan Nasional (BN) selama ini dalam agenda pembangunan di Sabah.

Katanya, sepanjang sembilan tahun pemerintahan BN dibawah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Sabah merupakan sebuah negeri yang menerima peruntukan paling tinggi untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat iaitu hampir RM10.2 bilion.

“Warisan mendakwa BN gagal melaksana agenda pembangunan di Sabah, hal ini terbukti adalah fitnah dan hanya retorik politik untuk menimbulkan sentimen kebencian.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan juga gagal dalam menunaikan manifesto untuk rakyat Sabah terutamanya dalam membayar royalti minyak sebanyak 20 peratus.

“Tun Dr.Mahathir juga menipu kerajaan negeri di bawah kepimpinan Warisan dengan menyatakan Bersatu tidak akan ditubuhkan di Sabah, namun pada Mei 2019, Bersatu secara rasminya telah ditubuhkan di Sabah,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Justeru soal beliau, dimanakah pendirian PH dalam menghormati kuasa politik Sabah?

Najmil yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu turut menjelaskan bahawa kegagalan terbesar kerajaan PH dalam memakmurkan ekonomi serta pembangunan di Sabah.

“Sebagai contoh, projek Lebuh Raya Pan Borneo yang telah terbengkalai dan ia amat mengecewakan rakyat Sabah kerana ini adalah inisiatif terbesar BN untuk membangunkan Sabah.

“Kerajaan PH sememangnya gagal dalam merangka hala tuju pembangunan ekonomi bagi Sabah kerana KDNK Sabah menurun kepada 6.7 peratus pada tahun 2019 berbanding tahun 2017 sedangkan Sabah mencatatkan pertumbuhan KDNK tertinggi di negara ini pada kadar 8.2 peratus di bawah kerajaan BN.

“Penurunan kuasa beli rakyat, kenaikan harga barang, kadar pengangguran belia dan kemiskinan juga gagal ditangani kerajaan PH dan sehingga ke hari ini tiada usaha dilakukan,” ujarnya.

Untuk itu katanya, BN telah bertekad memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Sabah apabila diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15 dan PRK Kimanis, ini perlu menjadi titik permulaan rakyat Sabah bangkit menolak kerajaan PH yang gagal. – UMNO ONLINE

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.