Ahli Politik Perlu Utamakan Kesihatan Rakyat Berbanding Kepentingan Lain – Shahril

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyeru agar ahli politik untuk meletakkan kepentingan kesihatan rakyat negara ini sebagai perkara utama berbanding kepentingan politik terutamanya pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan menjelang Pilihan Raya Umum nanti. Katanya, rakyat tidak menyenangi situasi politik semasa ketika ini lebih-lebih lagi selepas peningkatan kes COVID-19 secara drastik. “Rakyat tidak suka […]

» Read more

Penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Semua Mesyuarat/Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian ditangguhkan serta-merta, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Menurutnya penangguhan tersebut atas arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ekoran kes Covid 19 yang semakin meningkat. Berikut kenyataan penuh penangguhan tersebut : Presiden UMNO YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah […]

» Read more

Hala Tuju Parti Diperhalusi Di Biro Politik Dan MT UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hala tuju parti pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dibincangkan di dalam Biro Politik UMNO. Katanya, ia juga akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kerana ia melibatkan soal yang cukup penting. “Tidak sesuai saya bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama. Ketika ini kita sedang […]

» Read more

Kembalikan UMNO Ke Landasan Sebenar… Kerjasama Politik Tidak Menguntungkan – Mohamad Hasan

Keputusan Pilihan Raya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah. Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS. Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan […]

» Read more

Syabas Bung Moktar Tak Tunggu Lama, Pan Borneo Dipercepat Demi Rakyat – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan syabas kepada Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang tidak menunggu lama untuk bekerja dan berjuang demi rakyat. Semalam, Bung Moktar dilapor akan memperincikan projek Pan Borneo di Sabah secara spesifik agar dapat dilaksanakan dengan pantas sebagaimana projek di […]

» Read more

Mesyuarat Bahagian Medan Terbaik Nilai Semula Kesiapsiagaan Hadapi PRU-15

LIPIS, 1 Okt – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Farid Mohd Nor berkata, mesyuarat UMNO bahagian yang sedang berlangsung kini adalah peluang terbaik untuk menilai semula kesiapsiagaan untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ujar beliau, setiap bahagian perlu mengelakkan daripada terus beretorik dan berpolitik sesama sendiri kerana fokus utama adalah sejauh mana jentera UMNO bahagian telah dipersiapkan […]

» Read more

Hentikan Sandiwara Salahkan Pemimpin Tertentu, Undur Selangkah Bukan Bererti Kalah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 30 Sept. – “Saya berharap kepada pihak-pihak tertentu yang masih bersandiwara menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal dan urusan Sabah, hentikanlah tindakan tersebut.” Demikian tegas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mahukan akan polemik politik tempatan dinoktahkan. Katanya, semua pihak perlu berlaku adil dan jangan rugikan parti dengan agenda peribadi. “Kita jernihkan keadaan bukan mengeruhkan […]

» Read more

Berkorban Demi Rakyat… Banyak Perkara BN/UMNO Boleh Pelajari – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 30 Sept. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, banyak perkara yang boleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) pelajari dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ujarnya, pemimpin dan jentera yang gigih membantu di sana tentu ada pengalaman unik yang boleh dijadikan pedoman untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti. “Sama ada kawasan kalah atau menang, […]

» Read more

UMNO Sebuah Perjuangan… Bangkit Biarpun Digoyah, Ditarah, Dipatah, Diratah

Pasca Pilihan Raya Negeri Sabah, proses penamaan Ketua Menteri menyaksikan pertembungan calon BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan calon PN, Datuk Hajiji Noor. Hajiji akhirnya terpilih. Penyokong PN bersorak. Mereka menyumbang lebih kerusi DUN ke arah kemenangan GRS. Akar umbi UMNO/BN sekali lagi memendam kecewa dan rasa dikalahkan (‘defeated’) oleh PN. Ramai telah lupa 26 bulan yang lalu, selepas […]

» Read more

Hakikat Keputusan PRN Sabah, BN Masih Parti Pilihan Rakyat – Penganalisa Politik

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Penganalisis politik tempatan, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, walaupun ramai yang mempertikaikan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya negeri (PRN) Sabah namun hakikatnya keputusan PRN itu mengesahkan Sabah masih lagi kubu kuat BN dan parti ini masih pilihan rakyat. Ini kerana jelas beliau, keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) […]

» Read more
1 … 2,037 2,038 2,039 2,040 2,041 … 2,528