Penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Semua Mesyuarat/Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian ditangguhkan serta-merta, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya penangguhan tersebut atas arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ekoran kes Covid 19 yang semakin meningkat.

Berikut kenyataan penuh penangguhan tersebut :

Presiden UMNO YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan saya agar memaklumkan bahawa semua Mesyuarat/Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian mestilah ditangguhkan serta-merta.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berpandangan yang sama.

Ini disebabkan kes COVID-19 yang mencecah kepada 260 pada hari ini, kedua tertinggi sejak penularan.

Kita tidak boleh mengambil risiko dan kita tidak mahu UMNO dipersalahkan.

Penangguhan ini adalah sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Arahan ini mestilah dipatuhi.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kita bersama.

Datuk Seri Ahmad Maslan
Setiausaha Agong UMNO
1 Oktober 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.