Hala Tuju Parti Diperhalusi Di Biro Politik Dan MT UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hala tuju parti pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dibincangkan di dalam Biro Politik UMNO.

Katanya, ia juga akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kerana ia melibatkan soal yang cukup penting.

“Tidak sesuai saya bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama. Ketika ini kita sedang melakukan ‘post mortem’ menyeluruh.

“Semua pimpinan parti boleh memberikan pandangan dalam mesyuarat itu,” ujarnya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya.

Hangat diperkatakan, selepas PRN Sabah ramai pemimpin dan ahli UMNO melahirkan rasa kurang senang berhubung kerjasama politik yang dijalinkan hingga ada lontaran pandangan yang merasakan apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya.

PRN Sabah menyaksikan UMNO yang memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terpaksa memberikan laluan kepada rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk jawatan Ketua Menteri, yang mengundang perasaan kurang senang ahli yang berpendapat UMNO berhak menjawat jawatan tersebut. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.