Kiasu, Kiasi… Belilah Sekadar Perlu, Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung – Mike Chong

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Pusat Mike Chong Yew Chuan dalam satu hantarannya di Facebook, mengajar dua patah perkataan bahasa Hokkien hari ini iaitu ‘kiasu’ dan ‘kiasi’ masing-masing bermaksud takut kalah dan takut mati. Katanya, sememangnya kiasi (takut mati) lebih menakutkan daripada kiasu (takut kalah), tetapi apa yang berlaku dengan segelintir rakyat Malaysia sekarang bukan kiasi, […]

» Read more

COVID-19: Jangan Panik, Berikan Kerjasama Dan Dapatkan Info Sahih Dari Pihak Berautoriti – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menyeru agar masyarakat tidak berasa panik dengan situasi dalam negara susulan pandemik COVID-19. Namun begitu katanya dalam satu hantaran di Facebook, anggota masyarakat wajib mematuhi setiap arahan, nasihat dan peringatan pihak berkuasa dalam menangani pandemik ini. “Tingkatkan kesedaran dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti yang diumumkan oleh pihak berkuasa, […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan: Abdul Rahman Kemuka Beberapa Cadangan

TUARAN, 17 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan beberapa langkah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinetnya di dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai esok hingga 31 Mac ini yang meliputi seluruh negara. Katanya dalam satu kenyataan, antara cadangan yang disentuh adalah kerajaan tidak perlu mengumumkan dasar yang tidak […]

» Read more

Rakyat Menilai, Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi

Cabaran besar menanti Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendepani gelombang wabak coronavirus (COVID-19) yang telah menjejaskan aktiviti harian rakyat. Pada masa yang sama rakyat juga sedang menilai kemampuan Kabinet baharu menyelesaikan beberapa isu besar yang sedang dihadapi negara. Alasan Kabinet masih baharu atau dalam tempoh ‘pembelajaran’ sudah tidak relevan, terutama bagi Menteri […]

» Read more

Annuar Musa Dilantik SUA BN, Tengku Adnan Kekal Bendahari, Datuk Sahfri Setiausaha Eksekutif

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Dewan Tertinggi BN hari ini telah memutuskan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan situasi negara dan politik semasa termasuk melakukan rombakan struktur kepimpinannya. Katanya, BN melantik Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. “Datuk Seri Tengku […]

» Read more

COVID-19: Pencegahan Perlu Lebih Menyeluruh, Termasuk Penutupan Pusat Hiburan – Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan menggesa kerajaan bertindak lebih menyeluruh bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (COVID-19). Tegasnya dalam satu hantaran di Facebook, langkah pencegahan penularan koronavirus itu perlu lebih menyeluruh dan tidak hanya disensasikan dengan isu berkait jemaah Tabligh di Sri Petaling baru-baru ini. “Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengeluarkan arahan […]

» Read more

Junjung Kasih Tuanku… Blok Pembangkang Selangor Akan Pantau, Semak Imbang Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 16 Mac – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail menjunjung kasih atas titah ucapan Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menekankan tentang kemakmuran negeri Selangor sebagai negeri yang maju dan terus kekal negeri utama yang menyumbang kepada ekonomi negara. Kata Rizam yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, atas mandat rakyat, beliau yang […]

» Read more

Covid-19: Mesyuarat UMNO Cawangan Ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa mesyuarat 21,039 UMNO Cawangan di seluruh negara yang telah bermula pada 15 Feb lalu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Katanya, ini adalah sebagai langkah berhati-hati akibat penularan Covid-19. “Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini telah membuat dua keputusan iaitu mesyuarat 21,039 UMNO Cawangan […]

» Read more

Covid 19: Pemuda UMNO Cadang Isytihar Perintah Berkurung, Aktifkan Majlis Keselamatan Khas

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan untuk segera mengisytiharkan perintah berkurung bagi mengekang dan menghentikan segera penularan virus Korona Covid-19 di kalangan rakyat jelata. Kata Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kenaikan mendadak 190 atau hampir 200% kes baharu mangsa yang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebagaimana diumumkan Menteri Kesihatan kelmarin adalah berita yang […]

» Read more

Tohmahan ‘Kerajaan Pintu Belakang’ Tidak Tepat, Harus Dihentikan Segera – Sultan Selangor

SHAH ALAM, 16 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya tohmahan mengatakan pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ atau rampasan kuasa harus dihentikan segera. Ini kerana titah baginda, tohmahan seumpama itu adalah tidak tepat memandangkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah diberi kuasa untuk menggunakan budi bicara Seri Paduka sebagaimana […]

» Read more
1 2,001 2,002 2,003 2,004 2,005 2,412