Hati-hati Permainan Musuh, Perkukuhkan Ukhwah Demi Sebuah Perjuangan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mengingatkan anggota parti agar berhati-hati dengan permainan musuh yang tidak nampak dengan jelas di samping usaha berterusan untuk memperkukuh ukhwah demi kembali berkuasa atas sebuah perjuangan.

Katanya, sebagai parti politik, UMNO perlu senantiasa memberi kenyataan dan tidak ada yang boleh menutup mulut untuk memberi penjelasan tetapi dalam masa yang sama perlulah terus memberi kenyakinan kepada kepimpinan khususnya dalam suasana COVID-19 yang boleh digunakan sebagai medium untuk menyantuni ahli akar umbi.

“Selepas sahaja bajet selesai, ingatkan sudah reda, tidak kurang sunyi persada politik, ramai yang suka bermain dengan pentafsiran sendiri tanpa melihat perkara positif yang diungkapkan, sering kali berlandaskan pendapat sebelah pihak,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut.

Terbaharu, katanya adalah apabila kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan jawatan timbalan perdana menteri, dan nasihat oleh Presiden.

“Ada pula yang menjadi ‘batu ronson’ untuk melihat kesilapan, tak kurang juga ada yang menempelak, walhal ianya adalah kenyataan yang sudah terparti dalam keputusan MKT, tidak ada salah kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri.

“UMNO tidak bertambah baik. Ini kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden, dianggap melemahkan seseorang walhal ianya ikhlas kerana memang benar apa yang terjadi ketika itu, UMNO dilemahkan dari dalam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan bukan ditujukan kepada kepimpinan. Ingat lagi bagaimana Presiden diminta berehat, beliau akur.

“Apabila Presiden kembali dan berjaya menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa bulan, jarang kita mendengar kenyataan terbuka untuk berterima kasih. Takanlah sedikit kenyataan Presiden menunjukan kejayaan beliau tidak boleh?”

Justeru katanya, sebagai ahli UMNO, beliau kesal dengan tindakan yang sering kali mencari kesalahan dalam kenyataan walhal kenapa tidak anggap dari sudut positif dan menyelami keadaan sebenar dalam sesuatu isu.

“Kita nak berperang dan berhadapan dengan PH. Musuh kita hari ini bukan hanya pembangkang, musuh kita adalah diri kita, sejauh mana kita nak menilai dan mengangkat parti kita ke persada negara. Kita buanglah prasangka si polan nak jawatan, si polan nak ambil ‘milleage’, si polan nak itu, si polan nak ini.

“Si ‘batu ronson’ PH pandai bermain sentimen, mereka tahu untuk mengusik emosi kita, sahaja nak berkongsi cerita. Ingat lagi Kenyataan oleh Sin Chew? Dipaparkan gambar empat orang bakal jawatan timbalan perdana menteri, sehingga kumpulan masing-masing bersilat mempertahankan kumpulan masing-masing walhal ianya datang dari sumber yang tidak sah.

“Ini lah antara musuh lain yang kita tidak nampak dengan jelas,” tegasnya lagi. – UMNO Online