UMNO Harus Bersedia Dalam Konsep Politik Dinamik Dan Progresif – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata UMNO sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) harus bersedia menarik hati masyarakat luar bandar dan separuh bandar agar memberikan sokongan kepada parti.

Jelas beliau, dalam mengarap politik progresif dan dinamik, UMNO harus mengambil pandangan, cadangan serta respon semua pihak dalam situasi lanskap politik tanah air.

Katanya, terdapat tujuh hingga lapan orang muda akan menjadi penanda aras Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan datang.

“UMNO harus bersedia menawan hati mereka. UMNO juga harus bersedia menawan kembali hati pengundi-pengundi bandar bukan hanya pengundi semi bandar dan luar bandar (retain and regain).

“Boleh dikatakan rata-rata ‘respon’ rakyat dan akar umbi kini sudah kembali menyatakan sokongan pada UMNO untuk terus kekal kukuh dan majoriti mahukan 40 peratus calon muka-muka baru dalam PRU 15 akan datang, tetapi tidak setuju dengan ‘Friendly Fire atau ‘Internal Firing’ dalaman parti.

“Kerjasama kepimpinan lama dan baru dalam pengukuhan parti serta negara amatlah ditunggu-tunggu oleh pendukung parti dalam suasana politik baru dalam negara kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Armand yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang mengharapkan agar kepimpinan UMNO sama ada yang baru mahupun yang lama dapat mengkaji pelbagai sudut serta pandangan sebelum menghadapi PRU.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan barisan kepimpinan parti sedang mengkaji semua sudut serta menilai semua pandangan akar umbi demi masa hadapan parti UMNO sebelum menghadapi PRU-15.

“Sebagai salah seorang yang berpegang pada asas perjuangan parti yang ingin melihat UMNO terus relevan dan kukuh di hati rakyat, parti harus bersedia dalam konsep politik dinamik dan progresif tanpa meninggalkan asas pengukuhan parti,” tegasnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.