Jom Ikuti Jelajah #SYT Edisi Kedua: Jaminan Pendapatan Kehidupan
KUALA LUMPUR, 8 April – Sambung Yang Tergendala #SYT edisi kedua terus membuka ruang untuk segenap lapisan berkongsi serta melontarkan cadangan bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.
Edisi kedua kali ini yang bakal diadakan di Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini Sabtu nanti bakal membuka ruang dan peluang kepada mereka yang ingin turut bersama menerusi platform Sambung Yang Tergendala.
Menerusi catatan di Facebooknya, Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO menjelaskan kerajaan telah menetapkan gaji minimum RM1,200 tetapi belum memadai untuk membantu rakyat, lebih-lebih lagi ketika ekonomi yang semakin mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Tambahan lagi, bukankah harus ada lebih banyak aspek yang perlu dipertimbang seperti status individu (bujang, berkahwin, berkahwin dengan anak-anak) dan lain-lain?
“Ikuti jelajah #SambungYangTergendala minggu ini untuk perbincangan Jaminan Pendapatan Kehidupan. Apakah mekanismenya? Berapa kosnya kepada kerajaan? Ada ke negara lain yang pernah buat dasar seperti ini?,” katanya.
Mereka yang berminat dijemput bersama sesi Zoom (peserta) dan Facebook Live (penonton) pada Sabtu ini, bermula jam 8.00 malam.
Bagi yang di sekitar Kuala Lumpur, dialu-alukan hadir untuk bincang, kupas dan bahas sama-sama di lokasi program berlangsung.
Link pendaftaran: https://bit.ly/3mbpzxU
Demi masa depan kita, #SambungYangTergendala – UMNO ONLINE
Oleh: Azman Abas