14 Sept Tak Mungkin Dilupakan…Titik Sejarah Penyatuan Ummah, Lahirnya MN – Suraya

ALOR SETAR, 14 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata tarikh 14 Sept tidak mungkin dapat dilupakan kerana pada tanggal tersebut tahun lalu menjadi titik tolak bersejarah bagi dua parti politik Melayu Islam terbesar di negara membentuk penyatuan ummah bernama Muafakat Nasional (MN). Ujarnya, tidak mungkin juga akan dilupakan bilamana dengan nama Allah Yang Maha Pemurah […]

» Read more

Momentum Sokongan Kepada Calon BN Semakin Meningkat

SANDAKAN, 14 Sept – Kehadiran 161 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Libaran membuktikan sokongan padu terhadap tiga calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum, DUN Sungai Sibuga dan DUN Sungai Manila. Bendahari UMNO Sabah Suhaimi Haji Nasir berkata perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan ini turut dihadiri oleh kesemua calon BN yang bertanding di tiga kerusi DUN […]

» Read more

PRN Sabah: Dah Habis Modal, Mula Timbul Serangan Peribadi – Mohamad

SIPITANG, 14 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan melihat mana-mana pemimpin atau parti yang menggunakan isu perkauman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah mereka yang kehabisan modal. Apa yang sepatutnya jelas beliau semasa tempoh berkempen yang dibenarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing seharusnya mengeluarkan atau menyatakan hasrat bagaimana untuk melakukan  atau melaksanakan […]

» Read more

‘Blueprint’ Rancak Pembangunan Sabah Jika GRS Menang – Bung Moktar

KINABATANGAN, 14 Sept – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyediakan pelan tindakan bagi merancakkan lagi pembangunan negeri ini sekiranya mendapat mandat membentuk kerajaan selepas pilihan raya negeri (PRN) akhir bulan ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehubungan itu setiap menteri akan diwajib menyediakan pelan tindakan masing-masing. Sebagai contoh, gabungan itu akan mencari kaedah terbaik […]

» Read more

Pelbagai Provokasi Dibuat Musuh-Musuh Islam, Namun MN Tetap Kukuh – PAS K. Kangsar

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Datuk Khalil Idham Lim Abdullah merasa syukur walaupun Muafakat Nasional (MN) masih baharu tetapi rakyat ingin melihat penyatuan ummah ini berterusan serta membela nasib khususnya agama Islam. Jelas beliau, dua parti besar orang Melayu iaitu UMNO dan PAS dengan setulus hati telah bekerjasama serta mengisytiharkan pembentukan MN apabila melihat […]

» Read more

Lima Penjuru Di Pantai Manis… Calon BN Yakin Pengundi Bijak Buat Pilihan, Serik Silap Memilih

PAPAR, 14 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis, Mohd Tamin@Tanim Zainal percaya dan penuh yakin pengundi di kawasan berkenaan cukup bijak membuat pilihan walaupun BN berdepan dengan pertandingan lima penjuru di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 26 Sept ini. Ini kerana kata beliau rata-rata penduduk mula sedar dan tahu bahawa […]

» Read more

Muafakat Nasional Adalah Satu Wadah Penyatuan Bangsa – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Muafakat Nasional (MN) adalah satu wadah penyatuan bangsa untuk kepentingan orang Melayu dan Islam namun tidak sama sekali mengenepikan kepentingan kaum lain. Ujar beliau, MN ini juga diwujudkan bukan semata-mata kerana gerakan politik tetapi ia adalah satu usaha untuk memastikan wujudnya perpaduan, nilai kebangsaan dan kesejahteraan […]

» Read more

Chaya Mahu Menang Di DUN Baharu Kukusan, Tekad Bawa Pembangunan

  TAWAU, 14 Sept. – Calon tunggal Wanita UMNO, Chaya Sulaiman yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu N70 Kukusan berharap akan menang serta mencipta sejarah sebagai wakil rakyat wanita pertama di DUN tersebut. Beliau yakin, dengan kesungguhan dan gerak kerja parti maka tentunya BN akan menang di DUN terbabit. “Alhamdulillah saya telah diberi […]

» Read more

Parti Warisan Sudah Terhimpit Ke Dinding, Cuba Tutup Kegagalan Urus Kerajaan Negeri – Mohamad

BEAUFORT, 14 Sept – Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Datuk Mohamad Alamin melihat tindakan pihak tertentu yang menggunakan kempen berbentuk serangan peribadi adalah bertujuan untuk mengalih tumpuan rakyat Sabah terhadap perkara sebenar mengenai kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan dalam pelbagai aspek. Menurut beliau mereka hari ini seolah-olah terhimpit ke dinding apabila satu persatu […]

» Read more

Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama Muafakat Nasional – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh ahli mengucapkan selamat menyambut ulang tahun pertama tertubuhnya Muafakat Nasional kepada semua pendukung agenda penyatuan ummah. “Sempena ulang tahun pertama Penyatuan Ummah, saya dan keluarga besar UMNO mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun MUAFAKAT NASIONAL kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS serta ummah di Malaysia keseluruhannya,” […]

» Read more
1 1,875 1,876 1,877 1,878 1,879 2,418