Sidang Media Maya Presiden UMNO Selepas Mesyuarat MKT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan sidang media secara maya selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO petang ini. Sidang media secara maya itu akan disiarkan menerusi Facebook UMNO Online UMNO memanggil Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi, pada petang ini secara atas talian untuk memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani […]

» Read more

20 Tahun Usia Penubuhan, Puteri UMNO Terus Kekal Utuh – Zahida

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata banyak cabaran dan dugaan dihadapi lebih-lebih lagi selepas UMNO hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu, namun Puteri terus kekal utuh seperti slogan UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ “Hari ini genaplah 20 tahun usia Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang ditubuhkan pada 3 Ogos 2001.Sesuai dengan gelaran […]

» Read more

Ekonomi Tidak Menentu, Hargai ‘Frontliners’ Pembekal Makanan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kajian Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mendapati 93.8% daripada kira-kira 70,000 penghantar makanan merupakan golongan Bumiputera. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 80.1% daripada mereka adalah golongan muda Bumiputera berusia antara 18 hingga 30 tahun. “Seperti saya pernah katakan penghantar makanan juga “frontliners”. Kita hargai mereka kerana sanggup mengambil risiko untuk […]

» Read more

Demokrasi Berparlimen Sedang ‘DiCovidkan’… Rakyat Faham Hanya Alasan Politik – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Dewan Negara sepatutnya bersidang mulai hari ini namun kerana Parlimen telah ditangguh, sidang itu juga tiada, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pontian, demokrasi berparlimen di negara ini semakin gersang dan sedang ‘diCovidkan’. “Sudah hampir hendak dikafan. Amat tidak sihat utk imej negara di mata dunia. Ya demokrasi […]

» Read more

UMNO Perlu Mengetuai Kerajaan Gabungan BN, PN Dan Gabungan Parti Sarawak

1. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen yang membahagikan kuasa kepada tiga bahagian, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. 2. Apakah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa atau budi bicara berdasarkan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan (yang menyatakan tindakan Baginda […]

» Read more

Khairi Saran Ahli Parlimen UMNO Akur Keputusan Parti

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ketua UMNO Iskandar Puteri Hj Mohammad Khairi A Malek melihat Proklamasi Darurat yang telah diumumkan pembatalannya oleh Menteri Undang-Undang pada 26hb Julai 2021 adalah satu tindakan yg sangat tidak bertanggungjawab. Menurut beliau sebagai kerajaan yang mendukung Prinsip Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan, satu tindakan yang tidak bertggjawab apabila pengumumannya tidak mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang […]

» Read more

Naikkan Had Kadar Hutang Yang Ditetapkan Parlimen Untuk Bantu Rakyat Dan Negara

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpandangan sekiranya hargai nyawa manusia, sayang pada Rakyat serta negara dan hormati undang-undang, kerajaan PN sepatutnya bawa usul ke parlimen untuk naikkan had hutang kepada KDNK supaya kerajaan boleh meminjam lebih untuk bantu rakyat secara sementara dan tidak melanggar had hutang yang ditetapkan oleh parlimen. Kata beliau inilah […]

» Read more

Elak Manipulasi Ulasan Demi Kepentingan Politik – Sharkar

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – UMNO Bahagian Temerloh menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail bahawa wujud unsur manipulasi dalam ulasan-ulasan berkaitan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat 2021. Ketuanya Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata usah cuba berselindung pada Perkara 40 (1) dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan untuk mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong ‘hendaklah’ menerima […]

» Read more

Fahami Institusi Raja Berperlembagaan… Peranan YDPA Berkaitan Darurat

1. Pada 31 Julai lepas, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, mempersoalkan peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkenaan dengan penamatan semua Ordinan Darurat. 2. Sebelum melihat dengan lebih mendalam, adalah penting untuk kita menegaskan punca kita berada dalam kekalutan ini. Adalah jelas daripada nada dan konteks Tan Sri SA Vigneswaran, beliau kelihatan lebih cenderung mempertahankan tindakan-tindakan kerajaan dan bukannya untuk […]

» Read more

Pemuda UMNO Kelantan Menolak Penderhaka Kepada YDP Agong – Noor Hariri

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pemuda UMNO Kelantan senada dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub untuk bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menolak sekeras-kerasnya perbuatan biadap dan menderhaka titah Tuanku. Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor merasa kecewa dengan sikap keangkuhan Perdana Menteri yang amat tidak bertanggungjawab mempermainkan titah Yang di-Pertua Agong (YDPA) […]

» Read more
1 … 1,830 1,831 1,832 1,833 1,834 … 2,530