Sidang Media Maya Presiden UMNO Selepas Mesyuarat MKT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan sidang media secara maya selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO petang ini. Sidang media secara maya itu akan disiarkan menerusi Facebook UMNO Online

UMNO memanggil Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi, pada petang ini secara atas talian untuk memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa.

Demikian maklum Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media, semalam.

“UMNO amat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya menyentuh krisis hubungan antara Istana dan Kerajaan, pencabulan terhadap Kedaulatan Institusi Raja, Keluhuran Perlembagaan dan pemandulan terhadap amalan Demokrasi Berparlimen,” katanya.

Dilaporkan, ini kali kedua MKT UMNO bersidang secara maya selepas kali pertama diadakan pada 7 Julai lalu akibat pematuhan kepada SOP oleh kerajaan sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.