Naikkan Had Kadar Hutang Yang Ditetapkan Parlimen Untuk Bantu Rakyat Dan Negara

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpandangan sekiranya hargai nyawa manusia, sayang pada Rakyat serta negara dan hormati undang-undang, kerajaan PN sepatutnya bawa usul ke parlimen untuk naikkan had hutang kepada KDNK supaya kerajaan boleh meminjam lebih untuk bantu rakyat secara sementara dan tidak melanggar had hutang yang ditetapkan oleh parlimen.

Kata beliau inilah sebab satu persatu hospital perlu minta pihak swasta untuk sumbang kontena untuk simpan mayat, hospital-hospital kerajaan tak cukup oxygen concentrators dan kerajaan tidak mampu lebih membantu rakyat untuk hadapi ‘lockdown’ yang amat ketat untuk 14 hari sahaja bagi redakan keadaan Covid yang sudah menjadi antara paling parah dalam dunia.

“Masa PRU14, kerajaan BN telah berjaya turunkan nisbah hutang ini ke 48.7% – jauh di bawah had 55% yang ditetapkan. Tetapi dinaikkan sampai 54.4% semule masa kerajaan PH tumbang.

“Lalu kerajaan PN berjaya luluskan usul dalam Dewan untuk naikkan had 55% ini ke 60% untuk membuka ruang kewangan untuk lebih membantu Rakyat.Namun had ini telah dicecah kerajaan PN,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah Najib, Maka ada keperluan amat mendesak untuk kerajaan PN naikkan had ini sekali lagi ke 65% untuk bantu Rakyat dan lawan Covid.

Tapi tambah Najib lagi, kerajaan PN tak akan buat sebab nafsu untuk kekalkan kuasa tak kira apa jua adalah lebih besar berbanding nyawa manusia serta keperluan mendesak rakyat yang amat susah setelah berbulan-bulan dikurung dan negara,” ujarnya.

Menerusi Facebooknya, Najib turut berkobgsi pautan mengenai perkara yang sama berkaitan cadangan kenaikan had hutang.

“31 Julai 2021: Kerajaan PN perlu naikkan had hutang 65%, namun fobia kena undi di Parlimen, kata Najib”

Kerajaan PN perlu naikkan had hutang 65%, namun fobia kena undi di Parlimen, kata Najib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.