Pemuda UMNO Kelantan Menolak Penderhaka Kepada YDP Agong – Noor Hariri

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pemuda UMNO Kelantan senada dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub untuk bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menolak sekeras-kerasnya perbuatan biadap dan menderhaka titah Tuanku.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor merasa kecewa dengan sikap keangkuhan Perdana Menteri yang amat tidak bertanggungjawab mempermainkan titah Yang di-Pertua Agong (YDPA) untuk membahaskan dan menolak Ordinan Darurat di dalam Parlimen.

“Kami mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen UMNO untuk segera menarik sokongan kepada Tan Sri Mahiaddin sebagai manifestasi kita selaku ahli UMNO tidak akan sesekali bersekongkol dengan siri-siri penderhakaan ini.

“Jangan jadikan jawatan dan pangkat sementara ini sebagai pilihan tebusan di antara ketaatan kepada YDP Agong atau Perdana Menteri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah Noor Hariri, Pemuda UMNO Kelantan kekal teguh mendokong dan mempertahankan Perlembagaan Negara dan Raja Berperlembagaan selari dengan Fasal 3.2 Perlembagaan UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.