Urusetia MEDAC Di Setiap Parlimen Beri Kemudahan Kepada Usahawan – Azhari

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Cadangan untuk mewujudkan pengerusi dan urusetia di setiap parlimen bagi membantu menyampaikan maklumat dari Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) adalah langkah tepat bagi membantu rakyat yang ingin menceburkan diri dalam dunia usahawan. Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari berkata ramai di kalangan usahawan yang tidak tahu bagaimana dan cara untuk mendapatkan maklumat […]

» Read more

Melaka: Jadikan Iktibar Peningkatan Kes COVID-19 Pasca PRN Sabah, Fokus Pada Rakyat – Shamsul Alang

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Keputusan bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sama ada akan diadakan atau sebaliknya perlu dipertimbangkan dengan menjadikan PRN Sabah ke-16 tahun lalu sebagai iktibar, tegas Presiden Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM), Datuk Samsul Alang Hamsah. Ujarnya, walaupun pembubaran Dewan Undangan Melaka memaksa satu pilihan raya negeri perlu di adakan dalam masa 60 hari […]

» Read more

Antiviral Molnupiravir Harapan Baharu Malaysia, Kerajaan Perlu Beri Penjelasan Lanjut – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia memperoleh harapan baharu dalam usaha membendung sepenuhnya ancaman berbahaya pandemik COVID-19. Ini kerana katanya, kerajaan Malaysia akan membeli ubat antiviral Molnupiravir yang didakwa telah terbukti secara klinikal dapat merawat pesakit COVID-19. Namun begitu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan perlu ada penjelasan […]

» Read more

‘Branding’ Semula UMNO, Mesra Golongan Muda Ke Arah Persiapan PRU-15 – Shahril

BESUT, 8 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan memberi penekanan untuk parti fokus mendekati golongan muda sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut beliau, cara yang terbaik adalah dengan memberikan penjenamaan semula kepada parti melalui cara yang bersesuaian dan mesra kepada golongan terbabit. “Kita berhadapan dengan perubahan besar dalam landskap pengundi terutamanya dalam menguruskan 5.8 […]

» Read more

Melaka: Kerajaan Buat Keputusan Minggu Depan – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kerajaan belum membuat keputusan untuk menasihatkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Melaka bagi menangguh Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan difahamkan Sultan Nazrin Shah akan menerima taklimat daripada beberapa pihak sebelum […]

» Read more

Kemelut Politik Melaka: Propaganda Salahkan UMNO Tidak Rasional – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa propaganda mahu menyalahkan parti UMNO disebalik apa yang berlaku dalam politk negeri Melaka tidak rasional kerana wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Bebas turut terlibat. Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), secara tepat seramai empat ADUN daripada UMNO, PPBM dan Bebas terlibat […]

» Read more

Melaka: Tangguh PRN Jalan Terbaik Hingga Keadaan Mengizinkan – Veteran UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Veteran UMNO, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff menegaskan bahawa darurat adalah jalan terbaik untuk Melaka bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) sehingga keadaan mengizinkan untuk berbuat demikian. Sehubungan itu katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan darurat ekoran pembubaran Dewan Undangan […]

» Read more

UMNO Terus Depani Cabaran, Kembangkan Lagi Platform Anak Muda – Jais Sarday

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Ketua UMNO Kluang, Datuk Md Jais Sarday berpandangan dalam usaha parti untuk mendepani pelbagai cabaran, beberapa langkah perlu difikirkan dan dilaksanakan supaya ianya seiring dan sealiran dengan senario semasa termasuklah anak-anak muda. Antaranya jelas beliau SiswaUMNO boleh diinstitusikan bagi memastikan kesinambungan minat masing-masing sekaligus melahirkan bakat serta pimpinan yang berterusan menerusi sayap UMNO kelak serta […]

» Read more

Pertimbang Penangguhan PRN Melaka – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Keputusan sama ada PRN Melaka harus diadakan atau ditangguhkan haruslah dipertimbangkan dengan sebaiknya oleh pihak Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya, kata Datuk Seri Mohamad Hasan. Ujarnya, pembubaran Dewan Undangan Melaka memaksa satu pilihan raya negeri perlu di adakan dalam masa 60 hari sedangkan ramai yang gusar ia akan mencetuskan satu lagi gelombang kejangkitan Covid 19 […]

» Read more

Kabinet Perlu Lulus Segera RCI Terhadap Tommy Thomas, PM Perlu Campur Tangan Kes Adib – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik kenyataan cadangan RCI terhadap Tommy Thomas dan berharap kabinet segera memberi lampu hijau berkaitan hal ini. Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata RCI terhadap Tommy Thomas ini sudah menjadi perjuangan Pemuda UMNO Malaysia sejak beliau mengeluarkan buku ‘Justice in the Wilderness’. “Kami […]

» Read more
1 … 1,782 1,783 1,784 1,785 1,786 … 2,530