UMNO Terus Depani Cabaran, Kembangkan Lagi Platform Anak Muda – Jais Sarday

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Ketua UMNO Kluang, Datuk Md Jais Sarday berpandangan dalam usaha parti untuk mendepani pelbagai cabaran, beberapa langkah perlu difikirkan dan dilaksanakan supaya ianya seiring dan sealiran dengan senario semasa termasuklah anak-anak muda.

Antaranya jelas beliau SiswaUMNO boleh diinstitusikan bagi memastikan kesinambungan minat masing-masing sekaligus melahirkan bakat serta pimpinan yang berterusan menerusi sayap UMNO kelak serta beberapa langkah lain.

“Pemikiran UMNO ini mesti pemikiran masa depan, ia kena ‘tele’ dengan pemikiran anak muda, anak muda sekarang ini dia punya pemikiran memang pelik-pelik, macam mana kita kena tangkap pemikiran itu.

“Sebagai contoh SiswaUMNO, saya agak rapat dengannya… Kalau mereka kecewa akan kata UMNO ini tidak pandang … kemana dia hendak pergi dan ia akan mencari  dan orang macam ini memang bergerak dalam sosial movement dan menunjukkan inspirasinya. Sekarang sudah ada SiswaUMNO dan gerakkannya. Dulu Pemuda macam mana UMNO hendak jaga orang muda. Kita ada ‘networking’ yang luas tapi tidak susun atur generasi muda ini menjadi pelapis,” katanya kepada UMNO-Online.

Jais seterusnya menambah UMNO perlu kukuhkan kedudukan politik tatkala rakyat sekarang ini sudah bijak, matang dan tidak ada retorik malah apa yang berlaku hari ini semuanya benda terbuka.

“Sebagai contoh…Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq secara spontan bercakap gaji Menteri dan sebagainya, sekarang ini tidak payah sebut, jadi…itu hakikat dan maknanya UMNO kena berani dan setiap apa yang kita buat dan apa sebab. Menteri itu sampai 5 ribu dan apa justifikasi . Kalau kita boleh jawab dengan rasional insya Allah masyarakat boleh terima,” ujarnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.