Shahril Hamdan Rakam Perhargaan Pada PM Dan Presiden UMNO, Dilantik Pengarah Ekonomi Pejabat PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan merakamkan ucapan penghargaan dan terima ksaih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah melantik beliau sebagai Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri. Shahril yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO turut melahirkan penghargaan yang sama kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana merestui pelantikan […]

» Read more

Tuduhan PH Hutang Negara RM1 Trilion Tak Benar, Kerajaan Perlu Segera Sumber Baharu – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa tuduhan Pakatan Harapan (PH) pada 2018/19 bahawa hutang kerajaan sudah RM1 trilion tidak benar. Ini kerana katanya, sehingga akhir Ogos 2021 iaitu selepas tiga tahun enam bulan tuduhan dibuat ternyata bahawa hutang negara adalah berjumlah RM965.3 bilion atau 63.3% daripada KDNK. “Saya sebut di Dewan Rakyat […]

» Read more

Dakwaan Berkaitan Campurtangan Urusan MMKN Melaka Tidak Benar – SUK Melaka

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Ts. Kamel Mohamad hari ini tampil menafikan beberapa dakwaan  mengenai urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka khususnya perjalanan dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tersebut. Dalam satu kenyataan media beliau menyatakan adalah tidak benar segala keputusan perlu dirujuk kepada pihak ketiga sama ada sebelum, semasa dan selepas mesyuarat, malah semua […]

» Read more

Kemelut Melaka: Buatlah Keputusan Demi Kemaslahatan Rakyat Dan Negara – Sharkar

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Sama ada kerajaan melaksanakan darurat ataupun Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, segala keputusan yang bakal dibuat kelak biarlah ia dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara, demikian pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Jelas beliau apa yang penting, biarlah keputusan yang bakal diputuskan nanti berhubung kemelut politik Melaka dibuat secara berperlembagaan, […]

» Read more

Rentas Negeri: Ahmad Zahid Saran Sentiasa Jaga SOP, Lakukan Ujian COVID-19 Kendiri Sebelum Mulakan Perjalanan

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula hari ini. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati orang ramai agar patuhilah saranan kerajaan iaitu sentiasa menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dan lakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana […]

» Read more

Pulau Batu Putih: Tahniah PM Tubuh Pasukan Khas… Kenapa PH Tarik Balik Semakan Penghakiman Perlu Diperjelas

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah dan amat gembira dengan keputusan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji opsyen sesuai berhubung kes Pulau Batu Putih. Tegasnya, persoalan kenapa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding semakan di ICJ tidak pernah dijelaskan. “Keputusan […]

» Read more

PRN Melaka : Cepat Atau Lambat Persiapan Jentera Parti Mesti Dilakukan – SUA UMNO

TANGGA BATU, 10 Okt – Samaada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan dalam waktu terdekat atau tidak, persiapan jentera parti pelbagai peringkat mesti dilakukan, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Menurut beliau kunjungannya ke Melaka hari ini antara lain untuk melihat segala persiapan dan juga persedian daripada jentera parti pelbagai peringkat untuk menghadapi PRN kelak. “Majlis Kerja […]

» Read more

UMNO Terus Junjung Prinsip Setiakawan Dalam BN – Ahmad Maslan

JASIN, 10 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata parti itu masih menunggu perkembangan berhubung Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) dan akan tetap menekankan soal setiakawan di dalam Barisan Nasional (BN). Menurut beliau langkah itu akan diambil kira namun sehingga kini belum ada sebarang keputusan diputuskan kerana masih lagi mengadakan perundingan dengan rakan-rakan di dalam BN. “Kita […]

» Read more

Johor Sedia Kerjasama, Bantu Kerajaan Persekutuan Kumpul Dokumen, Pandangan Libatkan Pulau Batu Puteh

JOHOR BAHRU, 10 Okt – Johor akan bekerjasama dan membantu kerajaan Persekutuan dalam usaha mendapatkan pelbagai dokumen dan pandangan yang diperlukan melibatkan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. Semasa mengalu-alukan dan menyambut baik keputusan kerajaan Persekutuan menubuhkan pasukan petugas khas yang akan meneliti kes itu, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata isu tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura sememangnya […]

» Read more

Individu Lengkap Vaksin Dibenar Rentas Negeri Mulai Esok – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. “Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik […]

» Read more
1 … 1,780 1,781 1,782 1,783 1,784 … 2,530