Segerakan ‘Total Lockdown’ Bersama Pakej Bantuan ‘Lockdown’ Untuk Rakyat- Norliza Rahim

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Wanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengesyorkan supaya Kerajaan menyegerakan pelaksanaan ‘Total Lockdown’ bersama pakej bantuan ‘Lockdown’ untuk rakyat demi kelangsungan ekonomi keluarga dan komuniti niaga, tegas Ketua Wanita Barisan Nasional Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim. Ujarnya, beliau mengikut rapat mengenai cadangan pelbagai pihak untuk pihak kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri […]

» Read more

Peningkatan Kes COVID-19 Di Selangor Perlukan Tindakan Pro Aktif – Azhari Shaari

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata peningkatan kes COVID-19 yang dilihat tidak menurun di Selangor memerlukan suatu tindakan pro aktif melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan. Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih menyeluruh seperti PKP 1.0 perlu dilaksanakan bagi melandaikan kes sebelum ia mencecah lima angka. “Sesungguhnya kita sedar ekonomi itu […]

» Read more

UMNO Doakan Keamanan Palestin & Keselamatan Rakyat Malaysia Hadapi COVID-19

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Bacaan Yaasin dan doa selamat untuk Palestin dan rakyat Malaysia dalam mendepani pandemik COVID-19 yang dilaksanakan secara maya (Webex) membabitkan kepimpinan tertinggi UMNO termasuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berlangsung lancar, hari ini. Program anjuran Ibu Pejabat UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut disiarkan secara langsung […]

» Read more

COVID-19: Peningkatan Kes Amat Membimbangkan, Langkah Drastik Perlu Demi Rakyat

Peningkatan kes amat membimbangkan. Perlukan tindakan drastik oleh kerajaan dalam menentang Covid-19 namun memastikan kelangsungan hidup rakyat tetap dipelihara. UMNO dari awal lagi konsisten agar PKP yang ketat perlu dilaksanakan bagi membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19 ini namun sayangnya kerajaan tidak mengendahkan suara UMNO. 1. PKP PENUH MINIMUM 21 HARI SEPERTI HONG KONG, VIETNAM DAN SINGAPURA PKP yang akan dilaksanakan […]

» Read more

Syukur Alhamdulillah… Rejim Zionis Israel Setuju Gencatan Senjata Tanpa Syarat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT apabila rejim zionis Israel dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat. Katanya keputusan ini dibuat selepas lebih 232 penduduk Palestin termasuk 65 kanak-kanak terkorban dan 1,900 tercedera, manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal dalam tempoh 11 hari kekejaman tentera rejim zionis. […]

» Read more

Dividen LTAT Jadi Bukti  Beza Menteri UMNO Dengan Menteri PH – Najmil

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Mohamed Aris berpandangan amat jelas perbezaan antara menteri Barisan Nasional (BN) sebelum ini dengan Pakatan Harapan (PH) setelah mereka mengambil alih kepimpinan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Hal demikian jelas Najmil dapat dibuktikan dengan pengisytiharan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang mencatatkan peningkatan kepada 3.5 […]

» Read more

Sertai ‘Pray For Palestin’, Doa Kesejahteraan Rakyat Malaysia Daripada Ancaman COVID-19 Petang Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan bacaan doa selamat dan bacaan Yassin bersama Wanita dan Pemuda serta Puteri UMNO untuk kesejahteraan Palestin dan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya agar bebas daripada ancaman COVID-19. Majlis berkenaan yang diadakan secara maya (Webex) akan bermula pada pukul […]

» Read more

Palestin: Amat Malang Jika Malaysia Tidak Hasilkan Ketetapan Rasmi Di Parlimen – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Semalam diadakan sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sedang berusaha untuk mengeluarkan pernyataan bagi mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Berhubung hal tersebut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek berkata walaupun kerajaan Malaysia sudah nyatakan pendiriannya, namun alangkah baiknya sekiranya Parlimen turut bersidang. “Alangkah baiknya sekiranya Parlimen kita turut […]

» Read more

Oh, Total Lockdown! Boleh Laksana Dengan Syarat Kerajaan Jamin Bantuan Rakyat – Zahida

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Dilaporkan ada ura-ura kerajaan akan melaksanakan sekali lagi ‘total lockdown’ seperti yang dibuat ketika PKP 1.0 pada 18 Mac tahun lalu memandangkan angka positif COVID-19 terlalu tinggi. Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, ‘total lockdown’ boleh jadi pilihan akhir untuk pastikan pandemik ini dapat dikawal, tetapi dilaksakan dengan syarat, kerajaan […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Timbalan Pengerusi Tetap Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan dan ahli parti merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Seri Rizuan Ab Hamid yang telah kembali ke rahmatullah. Difahamkan, Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 10.53 malam tadi. Didoakan semoga Allahyarham ditempatkan […]

» Read more
1 1,709 1,710 1,711 1,712 1,713 2,426