Syukur Alhamdulillah… Rejim Zionis Israel Setuju Gencatan Senjata Tanpa Syarat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT apabila rejim zionis Israel dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat.

Katanya keputusan ini dibuat selepas lebih 232 penduduk Palestin termasuk 65 kanak-kanak terkorban dan 1,900 tercedera, manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal dalam tempoh 11 hari kekejaman tentera rejim zionis.

“Perkembangan ini juga timbul selepas serangan balas roket dari Gaza dilaporkan kian meningkat.

“Apa pun kita berharap gencatan senjata itu akan dipatuhi sepenuhnya oleh rejim zionis Israel,” katanya dalam kenyataan berkaitan perkembangan di Gaza.

Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, ini sekaligus mengakhiri penderitaan dan kezaliman yang dialami penduduk Palestin.

“Kita terus berdoa Allah S.W.T melindungi keselamatan saudara-saudara kita di Palestin,” katanya lagi.

Dilaporkan, Israel dan kumpulan pejuang utama di Gaza mengumumkan gencatan senjata semalam, dalam usaha mengakhiri pertempuran ganas 11 hari.

Serangan Israel terhadap Gaza pula sehingga kini sudah mengorbankan 232 penduduk Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan mencederakan lebih 1,900 orang manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.