UMNO Rakam Takziah, Timbalan Pengerusi Tetap Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan dan ahli parti merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Seri Rizuan Ab Hamid yang telah kembali ke rahmatullah.

Difahamkan, Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 10.53 malam tadi.

Didoakan semoga Allahyarham ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. – UMNO ONLINE