Sertai ‘Pray For Palestin’, Doa Kesejahteraan Rakyat Malaysia Daripada Ancaman COVID-19 Petang Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan bacaan doa selamat dan bacaan Yassin bersama Wanita dan Pemuda serta Puteri UMNO untuk kesejahteraan Palestin dan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya agar bebas daripada ancaman COVID-19.

Majlis berkenaan yang diadakan secara maya (Webex) akan bermula pada pukul 4.00 petang Jumaat, 21 Mei 2021.

Program tersebut anjuran Ibu Pejabat UMNO Malaysia akan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook UMNO-Online.

Marilah kita bersama-sama serta mengaminkan bacaan doa agar Palestin bebas daripada kezaliman Israel serta pandemik COVID-19 diangkat oleh Allah swt daripada terus mengancam rakyat negara kita dan seluruh dunia. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.