Jangan Kelirukan Pemikiran Rakyat Tentang Isu Vaksinasi, Perlukan Penjelasan – Lattefah Ali

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Kerajaan perlu memandang serius kebimbangan masyarakat terhadap penggunaan vaksin jenis AstraZeneca dalam Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan, tegas Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Lattefah Ali. Katanya, ianya perlu mengambil kira keraguan orang ramai terhadap keselamatan dan keberkesanan penggunaan vaksin jenis AstraZeneca. Jelas beliau, semakin hari rakyat semakin keliru apabila tularnya perkara-perkara yang negatif mengenai vaksin Astra […]

» Read more

Kerajaan Perak Peruntuk RM2.38 Juta Bantu Rakyat Termasuk Kawasan PKPD

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Kerajaan Negeri Perak akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.38 juta untuk membantu rakyat khususnya dari golongan miskin dan B-40 yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Daripada jumlah itu, RM1.2 juta akan disalurkan kepada empat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD, merangkumi masing-masing RM400,000 untuk PDT Kinta dan PDT Larut […]

» Read more

Kegagalan Kerajaan PN Tangani COVID-19 : Tidak Patut Ada Pihak Cuba ‘Menjebak’ Parti UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan walaupun beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO sedang menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun ia tidak pernah bermaksud yang parti UMNO terlibat dalam menentukan dasar-dasar negara. Menurut beliau perkara berkenaan wajar diperjelaskan sekali lagi supaya semua lebih terang dan faham. “Saya difahamkan ada usaha untuk memalitkan parti […]

» Read more

COVID-19 : Muhyiddin Yassin, ‘Jangan Lepas Tangan’ – Razlan

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berpandangan suka atau tidak, realitinya yang buat kerja siang malam untuk selesai masalah COVID-19 majoritinya Menteri-menteri UMNO. Beliau seterusnya menyenaraikan beberapa menteri berkenaan antaranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Dr Adham Baba , Khairy Jamaluddin dan sebagainya. “Mereka ‘consider frontliner’ kerajaan darurat PN. ‘Engage […]

» Read more

Norshida Santuni ‘Frontliners’, Gesa Masyarakat Berganding Bahu Kekang COVID -19

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim dan rakan-rakan pimpinan lain hari ini menyantuni ‘ftontliner’ dan sukarelawan lain yang bertugas di pusat vaksinasi Dewan Serbaguna Segamat. Menurut beliau kunjungan berkenaan untuk melihat secara dekat selain menyantuni mereka-mereka yang berada di barisan depan dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 di negara ini. “Rezeki yang ada di kongsi […]

» Read more

Pandemik COVID-19 : Sharkar Berkongsi Kebimbangan Dan Kesedihan

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bukan sahaja melahirkan kebimbangan dengan perkembangan pandemik COVID-19 yang melanda negara, malah turut melahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku hari ini. Menurut beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang, penekanan harus diberikan dan dilihat oleh kerajaan dengan sebaik mungkin apatah lagi dengan kemunculan varian-varian […]

» Read more

20 Fakta Menarik : Apa Yang Menteri Besar Perak Buat Untuk Bantu Rakyat Hadapi COVID-19?

Apa yang Menteri Besar Negeri Perak buat untuk bantu rakyat hadapi COVID-19? 20 Fakta Menarik untuk anda. 1) Februari 2021: Selepas dimaklumkan banyak pelajar berdepan kesukaran sepanjang PKP 1.0, Dato’ Saarani luluskan peruntukan RM2.71 juta untuk sediakan makanan percuma kepada lebih 37,000 calon peperiksaan melalui program Tuisyen Cikgu Saarani. 2) Februari 2021: Selepas mendengar taklimat dalam sesi turun padang di […]

» Read more

PKP Secara Penuh : Kepentingan Rakyat Diambil Kira – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 22 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di seluruh negara tidak dilaksanakan kerana mengambil kira kepentingan rakyat terutama golongan miskin dan B40, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata negara mengalami kerugian RM2.4 bilion sehari ketika PKP 1.0 pada 18 Mac tahun lalu serta menjejaskan peniaga kecil yang bergantung kepada pendapatan harian. […]

» Read more

Tabung Muafakat Palestin Inisiatif Berterusan UMNO Bantu Rakyat Palestin – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 22 Mei – UMNO melancarkan Tabung Muafakat Palestin sebagai inisiatif terkini dalam usaha membantu Palestin yang berhadapan penjajahan dan kezaliman rejim Israel. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata nama muafakat dipilih sebagai melambangkan muafakat ahli UMNO dan rakyat Malaysia untuk membantu permuafakatan perjuangan negara berkenaan. “Tabung Muafakat Palestin bermula pada Jumaat 21 Mei 2021. Nombor akaun […]

» Read more

Kenapa Ramai Kecewa Tiada ‘Total Lockdown’ – Asyraf

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Dengan peningkatan kes covid-19 yang kian parah, rakyat lebih rela ‘Total Lockdown’ untuk tempoh 14-21 hari berbanding hadapi situasi PKP berulang kali bagaikan tiada kesudahan, demikian menurut pandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Jelasnya data dan Sains juga menunjukkan kilang-kilang milik Towkay dan MNC penyumbang terbesar hingga 50% penularan wabak COVID-19, […]

» Read more
1 1,708 1,709 1,710 1,711 1,712 2,426