Ahmad Zahid Dipilih Sebagai Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang dengan persetujuan parti-parti bukan kerajaan. Setiausaha Agung UMNO yang juga anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata persetujuan itu dicapai selepas satu mesyuarat antara parti pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas semalam. “Semalam satu perjumpaan antara BN dan Pas telah diadakan […]

» Read more

Tun M Terlalu Banyak Menipu Rakyat – Anina

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Presiden Empirical Malaysia, Anina Saaduddin mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) terlalu banyak menipu rakyat. Soal beliau, kenapa apabila berkuasa, Tun M tidak mendakwa mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas isu RM2.6 billion? “Saya temui banyak bukti tentang pembohongan Tun M apabila Tun M sendiri pada tahun […]

» Read more

Khaled Ucap Terima Kasih Atas Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YB Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi atas di atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Menurut beliau, amanah dan kepercayaan ini akan dipikul sebagai mungkin dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO. “Saya juga sedar perlantikan saya […]

» Read more

Kenyataan Media Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa

Saya dengan penuh keinsafan dan rendah diri menerima PERLANTIKAN SAYA SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG UMNO YANG BARU, seperti di umumkan oleh Presiden UMNO hari ini 2) Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Presiden bagi saya memikul tugas yang sangat berat lagi mencabar ini 3) Saya berkesempatan duduk dan berbincang hati ke hati dengan Presiden UMNO sebelum perlantikan ini di buat. Saya […]

» Read more

Tanggungjawab Kerajaan PH Pelihara Identiti Malaysia, Bukan Iktiraf UEC

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Wanita UMNO mendesak supaya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneliti dengan mendalam kesan pengiktirafan UEC terutamanya sebagai kelayakan untuk kemasukan ke IPTA kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan identiti negara dan perpaduan di kalangan rakyat terus dipupuk serta dipelihara, bukan diretakkan oleh perbezaan medium komunikasi di antara mereka. Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata demikian […]

» Read more

Barisan MT Dan Pengerusi BPUN Mampu Kembalikan Keyakinan Rakyat – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Wanita UMNO menyambut baik pengumuman Presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam perlantikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri hari ini. Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata Wanita UMNO menaruh harapan yang tinggi agar amanah yang telah diberikan ini akan dilaksanakan sebaik mungkin dalam perjuangan mengembalikan keyakinan rakyat kepada […]

» Read more

Zahid Umum Ahli Majlis Tertinggi Lantikan Dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan juga Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan negeri-negeri. Menurut Zahid, ini merupakan langkah pertama UMNO menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air. “Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden […]

» Read more

‘Penjimatan’ Yang Meragukan, Tunjuk Bukti Dan Tak Perlu Acah Jadi Wira – Pemuda

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar mendedahkan kepada umum hasil kajian terperinci berhubung ‘penjimatan’ yang telah mereka lakukan terhadap beberapa projek mega kerajaan terdahulu. Naib Ketuanya Shahril Sufian Hamdan berkata perkara terakhir dalam 10 janji 100 hari pentadbiran kerajaan PH adalah untuk melaksanakan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang sedang dilaksanakan. “Memandangkan […]

» Read more

Semoga TS Muhyiddin Yassin Dan Datuk Ahmad Zakiyuddin Segera Sembuh – Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendoakan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital agar segera sembuh dan dapat kembali menjalan tugas seperti biasa. Dalam satu kenyataan media, beliau memohon Allah memberikan kekuatan dan ketabahan […]

» Read more

UEC Agen Pemusnah Perpaduan Rakyat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO menentang sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) seperti yang terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan. Menurut beliau, selain merendahkan taraf sekolah aliran kebangsaan, ia sama sekali tidak mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan dan hanya melebarkan jurang pemisah […]

» Read more
1 1,584 1,585 1,586 1,587 1,588 1,616