Ahmad Zahid Ingatkan Jangan Termakan Fitnah… Mana Ada Ketua Menteri Sementara!

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat khususnya para pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar jangan termakan fitnah.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dengan mengulang kenyataan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan isu yang ditimbulkan pihak tertentu termasuk calon pembangkang yang mengaitkan kononnya akan ada individu lain bakal mengantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka kelak.

“Kepada pengundi dan rakyat Melaka, jangan dengar! Jangan termakan dengan fitnah.

“Mana ada ketua menteri sementara sementara, ini bukan cerita main-main! Ini bukan cerita ketua kampung setengah penggal,” tegasnya berkaitan isu terbabit melalui hantaran dalam laman facebooknya.

Sebelum ini BN telah menamakan Sulaiman sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam PRN pada 20 November ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.