Annuar Utarakan Tujuh Akujanji Untuk Bantu Presiden Pastikan UMNO Kembali Bangkit

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Tan Sri Annuar Musa menggariskan tujuh akujanjinya untuk membantu Presiden UMNO Malaysia jika diberikan kepercayaan oleh perwakilan cawangan dan bahagian sebagai Timbalan Presiden parti pada 30 Jun, Sabtu ini. Tujuh akujanji Annuar itu ialah menjadi Panglima Kanan, membantu Ketua Pembangkang, melaksana pembaharuan pengurusan UMNO, jelajah seluruh negara, melaksana semula pentarbiyahan intensif, pengkaderan serta suntikan doktrin […]

» Read more

Gabungan Pemimpin Lama Dan Baru Kombinasi Terbaik Pastikan UMNO Kembali Bangkit

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata pengalaman orang lama dan idea pemimpin muda adalah antara kombinasi terbaik dalam usaha pembaharuan dan pemulihan UMNO pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini. Jelas beliau, gabungan barisan pemimpin dua aliran generasi itu adalah formula ampuh dalam memastikan parti kembali bangkit dan membina semula keyakinan rakyat. […]

» Read more

UMNO Sabah Masih Relevan, Namun Perlu Diubah Suai

KOTA KINABALU, 27 Jun – UMNO Sabah masih relevan, namun perlu diubah suai serta ditambah relevannya kepada ahli dan pengundi untuk menghadapi pilihan raya akan datang, kata calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin. Beliau berkata dakwaan pihak tertentu bahawa UMNO di Sabah tidak lagi relevan adalah tidak tepat kerana masih ramai anggota parti yang menghadiri setiap mesyuarat perwakilan yang diadakan di […]

» Read more

Ambil Pengajaran Perang Uhud Untuk UMNO Bangkit

KANGAR 26 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuntik semangat ahli UMNO agar mengambil sirah kekalahan sementara tentera Islam pada peperangan Uhud satu ketika dahulu untuk dihayati secara mendalam untuk dijadikan landasan kebangkitan parti. Menurut beliau jika dikaji pada peperangan berkenaan tentera Islam mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memenanginya namun disebabkan […]

» Read more

Pelantikan Speaker DUN : UMNO Kedah Sedia Berunding

ALOR SETAR, 26 Jun – UMNO Kedah bersedia untuk berunding dengan semua yang berkenaan berhubung pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh pucuk pimpinan  UMNO Kedah. “Saya telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kita akan buat keputusan terbaik dan tepat […]

» Read more

PH Dan Dap Mirip Bergerak Ke Sistem Republik

KUALA LUMPUR, 26 Jun – UMNO memandang serius tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dilihat sebagai langkah awal Kerajaan Pakatan Harapan (PH), khususnya Dap untuk mencabar kewujudan Akta Hasutan 1948, kata Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO. Sehubungan itu, katanya UMNO menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya memperhalusi tindakan bagi memelihara keharmonian negara. “Sebagai Perdana Menteri, […]

» Read more

UMNO Ada 53 Kerusi Parlimen… Zahid Tidak ‘Terhegeh-hegeh’ Atau Cuba Gadai Maruah UMNO

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad membidas mereka yang menyifatkan Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘terhegeh-hegeh’ atau cuba menggadai maruah UMNO. Ini merujuk kepada kenyataan Dr Ahmad Zahid mengenai UMNO membentuk kerajaan dengan sesiapa saja termasuk jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. […]

» Read more

UMNO Mesti Terus Kukuh Untuk Rakyat Berdepan Kerajaan Serba Goyah – Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Pemangku tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO perlu terus kukuh dan kuat dengan mengelakkan sebarang perpecahan dan masalah dalaman demi untuk rakyat dan negara. Menurut beliau, jelas bahawa rakyat masih lagi mengharapkan UMNO untuk menjadi wakil kepada suara mereka terhadap kerajaan hari ini dan terbukti parti ini tidak ditolak secara total […]

» Read more

Jangan Sampai Rakyat Lihat Kerajaan PH Hari Ini Sebagai ‘Kaduk Naik Junjung’

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Dalam terkial-kial untuk memenuhi janji manifesto dalam 100 hari pemerintahannya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin menunjukkan belang sebenar dasar pentadirannya, termasuk mempertikai dan tidak mengiktiraf apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bidas Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO. Sehubungan itu, UMNO melahirkan rasa bimbang jika isu ini tidak ditangani segera dan untuk selamanya, ia […]

» Read more

Bahasa Kebangsaan : Semangat ‘Malaysia Baru’ Guan Eng Gelisahkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Pergerakan Wanita UMNO menggesa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng supaya besikap lebih berhati-hati dalam tindakannya mengeluarkan kenyataan rasmi mahupun peribadi kerana sebagai Menteri dalam Kerajaan Persekutuan, setiap tindakan beliau akan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata demikian merujuk kepada reaksi Guan Eng yang mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian […]

» Read more
1 1,582 1,583 1,584 1,585 1,586 1,605