Dr Asyraf Terharu Ramai Mesej Bertanya Cara Jadi Ahli UMNO… Daftar Di Myumno.org
KUALA LUMPUR, 14 Julai – Sambutan terhadap pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian terus menunjukkan perkembangan positif.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan beliau menerima banyak mesej daripada orang ramai yang ingin mengetahui cara untuk menjadi ahli parti.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata proses pendaftaran kini amat mudah kerana boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian menerusi laman web myumno.org, sekali gus memudahkan lebih ramai rakyat menyertai perjuangan UMNO.
“Masya-Allah, ramai betul mesej saya tanya bagaimana nak daftar Ahli UMNO.
“Mudah sahaja, boleh layari laman sesawang berikut dan daftar secara atas talian,” katanya sambil berkongsi pautan pendaftaran kepada orang ramai.
Inisiatif pendigitalan proses keahlian ini merupakan antara usaha UMNO memperluaskan akses kepada rakyat yang ingin bersama parti.
Selain itu, ia mempercepat dan mempermudah proses permohonan keahlian tanpa perlu hadir secara fizikal ke cawangan.
Sejak sistem pendaftaran dalam talian diperkenalkan, ia menerima sambutan menggalakkan dengan puluhan ribu permohonan baharu direkodkan, majoritinya melibatkan golongan muda. – UMNO ONLINE
