Bersekongkol Dengan Dap, Anwar Jatuhkan BN Pada PRU14 Bukan Jahat? Soal Dr Puad

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak penyokong Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu menegakkan benang basah.

Dr Puad membidas penyokong tersebut yang digelarnya ‘pencacai’ kerana berkata langkah Sheraton oleh Muhyiddin bukan tindakan jahat tetapi untuk selamatkan negara daripada Dap dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Habis bersekongkol dengan Dap dan Anwar jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) di PRU14 (Pilihan Raya Umum 14) bukan jahat?

“Bila masa Muhyiddin jadi suci bersih dari Dap. Bahkan di saat kehilangan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin cuba menawarkan pakej kerjasama dengan Dap dan PKR. Berlaku rundingan pintu belakang bersama Tony Pua dan Ong Kian Ming,” dakwanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Dr Puad lagi, mungkin ‘pencacai’ itu lupa MKT UMNO pecat Muhyiddin kerana sepentas dengan Dap untuk menghentam UMNO.

“Bukan kerana isu 1MDB. Kalau 1MDB, sudah lama Muhyiddin dipecat,” katanya.

Justeru tambah Dr Puad, jangan jadikan Dap alasan kerana UMNO ada rekod kalahkan Dap di Cameron Highlands.

“Masa itu Muhyiddin masih sebantal dengan Dap. Bila kalah teruk di Tanjung Piai, baru nak sedar diri?” soalnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.