Pilih Satu Parti Teras, Tekadkan Pilih BN Yang Ada Track Recod Mentadbir – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak rakyat khususnya para pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk berhati-hati dan membuat pilihan terbaik dengan memilih parti induk sebagai teras bagi menjadi pentadbir negeri.

Katanya yang juga pengarah PRN Melaka, pengundi perlu memilih pemimpin berdasarkan kepada pengalaman dan kebolehan dalam mentadbir kerana parti lawan juga pernah menjadi kerajaan.

“20 hb ini rakyat Melaka berhat-hatilah, pilih baik-baik iaitu pilih satu parti teras yang mempunyai pengalaman, yang ada track record yang baik untuk diberi peluang mentadbir dan utamakan yang beri kestabilan.

“Ini kerana apabila stabil maka pelabur-pelabur akan datang … sebabnya dah nampak selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara yang tak tentu arah, tak tentu hala, yang dari awal asyik bercakap soal jawatan Perdana Menteri (PM) sampailah jatuh sendiri.

“Asyik bercakap soal siapa nak ganti PM, yang sudahnya negara kita haru biru dan pelabur-pelabur tak memandang kita malah pergi ke negara jiran seperti di Indonesia atau Thailand sedangkan dulu negara kita adalah pusat pelaburan kerana kita stabil di bawah Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam hal ini beliau memaklumkan bahawa BN telah menggaulkan pengalaman dan ilmu-ilmu untuk menjadi satu pasukan yang mantap dalam mentadbir negara.

“Itu sebabnya ramai pemimpin yang hebat-hebat tapi apabila mereka bersendirian dan tak bersama dalam parti induk maka mereka tak cemerlang sepertimana yang kita lihat semasa 22 bulan PH berkerajaan. Waktu PH orang punya pengharapan kepada PM Tun Dr Mahathir Mohamad amat tinggi kerana kecemerlangan beliau semasa jadi PM ketika jadi Presiden UMNO.

“Itulah pentingnya kestabilan. Ini kerana kestabilan itu datang dari seorang PM yang baik, mempunyai kualiti yg baik tetapi jika ia tidak didukung oleh satu pasukan sebagai satu institusi iaitu UMNO yang mempunyai pengalaman yang luas dalam mentadbir negara maka susah untuk beliau bergerak mentadbir negara.”

Jelasnya, keindukan satu parti iaitu sebagai parti teras dalam mentadbir negara amat penting.

“Maknanya ketokohan pemimpin mesti disokong oleh satu institusi yang mempunyai kekuatan dan pengalaman yang begitu luas, maka barulah akan dapat jalankan tugas berat untuk mentadbir.

“Jika tak di sokong maka tak akan kemana kerana ini bukan ‘one man show’. UMNO adalah satu pasukan pentadbir yang mempunyai pengalaman yang sangat luas sejak sebelum merdeka lagi, memerdekakan negara, mentadbir dan memakmurkan negara, maka kerana itulah saya cakap keindukan itu perlu dan mesti ada iaitu UMNO.

“Sebab itulah 22 bulan PH tadbir negara tapi negara tak tenang dan tak aman sedangkan ditadbir oleh PM yang cemerlang, maka dimana letaknya pasukan itu?”
Ujarnya 22 bulan Tun Mahathir tak dapat mentadbir kerana dalam PH kerana ada banyak parti tapi mempunyai falfasah dan ideologi yang berbeza-beza.

“Dalam BN, kita mempunyai satu pakatan dan hasrat untuk kebersamaan. Inilah untuk rakyat berbilang kaum dalam negara kita. Kekuatan dan kejituan dalam parti penting.

“Pendek cerita janganlah nak melompat-lompat kerana UMNO yang menaikkan kita. Seperti mana saya pernah sebutkan, jangan letak racun dalam punca air yang diminum kerana nanti kita nak minum air tu juga,” katanya.

Beliau berkata demikian program Bual Bicara sempena PRN Melaka yang turut disertai Datuk Seri Sulaiman Md Ali menerusi saluran Facebook dan Youtube UMNO Online, malam tadi.

Berkaitan calon-calon BN, Mohamad menekankan bahawa parti ini sanggup melakukan perubahan dan menongkah arus.

“Marilah sama-sama kerana BN ambil satu langkah drastik apabila 86 peratus kita kemukakan muka baharu yang hampir setengah darinya adalah orang muda.

“Inilah yang kita nak tunjukkan bahawa UMNO sanggup menongkah arus mengemukakan muka baharu. Kali ini di Melaka, kita buat, ini dia anak-anak muda yang mempunyai kelayakan dengan memiliki profesion berbeza-beza, tapi induknya adalah parti iaitu UMNO/BN.”

Dalam masa yang sama beliau turut menyentuh berkaitan perjalanan sempanjang tempoh berkempen untuk PRN terbabit.

“Perjalanan gerak kerja kempen amat baik dan akar umbi bergerak dengan lancar sehingga tengah malam, kenal pasti pengundi-pengundi dan alhamdulillah nampaknya sokongan kepada BN semakin baik.

“Sokongan daripada penduduk dan pengundi juga bertambah baik dengan calon dapat bertemu ramai pengundi-pengundi dan ini akan diteruskan,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.