Kempen BN Matang, Fokus Beri Kemenangan Pada Calon – Musa

JASIN, 19 Nov – Barisan Nasional (BN) matang dalam melalui tempoh berkempen dan tidak akan sesekali menggunakan sentimen politik murahan dalam menarik sokongan rakyat, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Katanya, BN ketika ini hanya fokus untuk memberi kemenangan kepada 28 calon yang bertanding sekaligus mengukuh kerajaan negeri ini ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak.

“Kempen kita untuk kepentingan rakyat malah kita tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana kita lihat apa yang BN buat kempen dari rumah ke rumah itu sudah tidak boleh pergi.

“Di media sosial pulak kita tidak suka memburukkan sesiapa tapi kalau hendak tunjuk apa yang boleh kita buat sekaligus memberi manfaat kepada rakyat itu tujuan dan keutamaan parti ketika ini,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau juga turut melahirkan penghargaan kepada jentera BN yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab sebaiknya terutama dalam berkempen menerusi norma baharu.

“Apa sahaja yang orang cakap tapi kalau kita lihat pada jentera yang bergerak saya dapat gambarkan mereka melakukannya dengan terbaik sekali.

“Jadi saya percaya rakyat akan menyokong BN. Saya hendak menyeru kepada rakyat di Melaka ini berilah peluang kepada ketua menteri sekarang sebab beliau baharu dilantik sejak 19 bulan banyak lagi pembangunan yang hendak dilakukan.

“Sebaik sahaja beliau menjadi ketua menteri sebelum ini ada perubahan yang dilakukan tapi kalau kita sambungkan beri peluang ini kepada BN saya percaya beliau akan menyambung kembali pembangunan di Melaka ini dengan sebaik mungkin,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.